#89: Bila Hijab Terbuka

232 31 2
                                    

Assalamualaikum semua 💐

Maaf lah ambil masa yang lama nak sambung part ni. Banyak benda yang terjadi so kena lah settlekan mana yang penting dulu kan.

So kalau korang masih ingat, sebelum ni aku pernah cerita tentang fasa-fasa terbuka nya hijab. And orang yang terbuka hijab nya itu tidak lain dan tidak bukan adik lelaki aku sendiri.

So sejak aku tahu yang dia ni boleh nampak makhluk-makhluk halus, aku selalu lah jugak contact dia kalau aku rasa macam ada benda tak kena or rasa tak sedap badan tu. And aku tak tahu lah adik aku sorang je ke or orang lain yang terbuka hijab pun sama, tapi adik aku ni dia boleh tolong ubatkan or tengok-tengok kan aku dari jauh.

Sebab tahun 2017, aku sambung study dekat UKM. So dalam tempoh tu, aku biasanya akan balik sebulan sekali je. Or paling kerap kadang-kadang 2 minggu sekali lah. Jadi bila aku dekat UKM tu, kadang-kadang pernah je aku rasa tak sedap hati and aku contact adik aku ni. Nanti dia akan cakap lah ada apa yang kacau aku or cara supaya aku boleh tidur lena lepas tu.

Ingat lagi ada satu kejadian yang menimpa adik perempuan aku masa dia study dekat Pahang dulu. Ada satu hari tu dia call aku cakap dia rasa tak sedap hati. Dia rasa macam takut and rasa macam ada benda dekat dalam bilik dia tu. Dia kata dia selalu je rasa macam ada orang dalam bilik tu, tapi kali ni dia rasa lain. Even masa tu roomate dia pun rasa benda yang sama.

So bila adik perempuan aku ni call adik lelaki aku, adik lelaki aku kata tunggu kejap. Dalam 10 minit macam tu dia akan call balik. So adik perempuan aku ni pun tunggu lah dia call.

Lepas 10 minit, adik lelaki aku call. Dia kata bilik adik perempuan aku deka kolej tu dah jadi macam perkampungan bunian. Bukan ada sorang dua je dekat dalam tu tapi ada ramai. Ada budak-budak tengah bermain, ada orang-orang lain jugak dekat dalam tu.

Adik perempuan aku apa lagi, bila dengar macam tu menangis ketakutan lah dia. Tapi adik lelaki aku cakap, bilik adik perempuan aku ni dia macam tempat persinggahan je. So ada cara untuk bagi bunian-bunian ni pergi.

Adik lelaki aku kata, first sekali adik perempuan aku kena terbalikkan alas cadar katil dia. Dari yang luar tu kena terbalikkan ke dalam. And ada beberapa perkara lagi ahh yang adik lelaki aku pesan suruh adik perempuan aku tu ikut. Then dia pesan jangan takut sebab benda tu tak kacau pun. And kalau adik perempuan aku ikut semua pantang larang tu, insyaAllah bunian tu tak kan datang singgah dah.

So adik perempuan aku tu pun ikut lah apa yang abg dia ni suruh. And alhamdulillah kuasa Allah kan, adik aku kata sejak dari tu dia dah tak ada rasa takut dah dekat situ. Benda meremang ke apa ke itu normal lah adik aku kata, tapi perasaan macam ada ramai orang dalam tu apa semua dah hilang.

Tapi aku selalu pesan dekat adik-adik aku bahawa yang bagi kesembuhan, yang bagi kita hilang rasa takut ni bukan jin atau makhluk-makhluk lain. Yang bagi kita kesembuhan, yang tolong lindung kita semua ni hanya lah Allah. Betul kita ikhtiar, tapi pastikan apa yang kita buat tu tak memesongkan hati dan iman kita dari akidah yang betul lah.

So sejak tu kalau kitorang ada apa-apa masalah, memang adik lelaki aku ni lah yang dicari 🤣 Kitorang bukan jenis yang tak ikhtiar, tapi untuk makluman korang lah ye, benda-benda halus ni bukan senang nak dihalau. Kitorang adik beradik jenis yang solat tak tinggal, mengaji lepas maghrib tu, tapi tetap jugak ada benda yang ikut and menenggek sama. So kadang-kadang ni lah cara ikhtiar free yang kitorang ada hahahaha.

Pernah sekali aku tak boleh nak tidur selama seminggu. Memang sepanjang minggu tu, bila malam je terkebil-kebil mata. Kalau tidur pun dia jadi tidur-tidur ayam je. Mata pejam, rasa macam tidur tapi dalam hati kau tahu kau tak lena pun.

So nak dijadikan cerita lepas seminggu aku tak boleh tidur tu, aku decide nak balik kampung lah. Kebetulan pulak memang minggu tu minggu aku balik rumah. So aku drive and balik lah ke johor. Aku ada je cerita dekat adik aku pasal benda ni, tapi aku tak ambil serius sangat sebab masa tu kebetulan aku memang tengah buzy dengan assignment, so tak pelik lah waktu tidur tu jadi tak betul kan.

Aku sampai dalam asar macam tu, lepas dah berbual dengan mak aku, aku pun duduk lepak luar rumah dengan adik lelaki aku pulak. Aku pun cerita lah dengan details apa yang aku rasa. Masa tu adik aku cakap dia tak nampak apa-apa pulak yang ikut aku balik, tapi dia kata dia akan cuba usaha kan lah.

Dalam maghrib macam tu kebetulan masa aku nak pergi mandi, adik lelaki aku ada tengah makan dekat dapur. Sebab lelaki and dalam rumah kan, so aku tak pakai baju lah. Hanya bertuala je masa tu. So masa aku nak ke arah bilik air, tiba-tiba adik lelaki aku panggil. Dia kata "Pusing kan badan kejap long"

Aku pun pusingkan lah belakang badan aku ni ke arah dia. Dia kata belakang badan aku ni penuh dengan lebam-lebam. Tapi mata kasar tak nampak. So adik aku kata malam ni dia nak lepak keluar dengan kawan kejap, balik tu dia akan settlekan masalah aku ni.

Lepas isyak tu adik aku keluar and macam biasalah aku layan movie dengan mak and adik-adik perempuan aku. Dalam pukul 11 macam tu kot, semua dah mengantuk and nak tidur. Aku dah pening dah sebab comform-comform aku tak boleh tidur lagi malam tu.

So bila semua dah masuk bilik masing-masing, aku pun baring lah dekat ats katil. Ada lah dalam 10 minit macam tu, tau-tau aku tertidur dah wey 🤣 esok pagi, mak aku kejut subuh macam nak runtuh rumah. Tapi aku tetap tak bangun. Aku bangun dalam pukul 11 macam tu hahahaha

Nampak je aku bangun, adik lelaki aku senyum je. Rupanya dia kata benda yang dok kacau aku tu tak ikut aku sampai rumah. Dia tunggu dekat simpang jalan dekat-dekat rumah kitorang tu. Tak tahu lah sama ada dia tahu adik aku pandai berubat ke apa, tapi adik aku kata memang benda tu yang dok buat lebam dekat badan aku sampai aku tak boleh nak tidur.

Macam mana adik aku boleh tahu tu benda yang kacau? Adik lelaki aku kata dekat setiap jalan tu dia dah hafal dah apa benda yang dok menunggu. Dekat sini ada apa, dekat lorong tu ada apa. So bila dia balik lepak malam tadi, dia kata dia memang sengaja bawak slow sebab nak tengok apa benda yang baru and bukan asal dari sini.

Lepas dah jumpa tu, adik aku halau cakap jangan kacau aku dah. Then benda tu pun akur and hilang. Tu agaknya aku boleh tidur nyenyak gila hahaa. Sebab adik aku kata tak lama lepas aku masuk bilik tu dia balik. Bila dia masuk je bilik tengok aku tengah berdengkur kuat, so dia kata dah sembuh lah tu hahahaha.

Ni baru satu dua kisah yang aku cerita. Ada banyak lagi benda-benda yang aku rasa menarik untuk aku cerita pasal macam mana adik aku ni boleh tolong orang.

Nanti aku sambung lagi naa. Bye 🤣

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now