#76: Lampu Isyarat Depan Sekolah

1.7K 146 81
                                    

Sambil mendengar lagu Super Junior yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas, Azman kelihatan menikmati udara itu dengan tenang. Motosikalnya ditunggang agak perlahan, mungkin kerana dia tidak terkejarkan apa-apa saat itu.

Dari jauh kelihatan lampu isyarat di hadapan sekolah Cina itu berwarna hijau, Azman terus memecut laju mengejarnya. Beberapa meter sebelum tiba ke lampu isyarat tersebut, tiba-tiba ianya bertukar menjadi merah. Azman tenang, dia terus memberhentikan motosikalnya itu di kaki jalan.

Seorang kanak-kanak bersama ibunya melintas, Azman hanya memerhati tanpa bicara. Sedang menunggu lampu isyarat itu bertukar hijau, Azman membelek-belek telefonnya itu.

12.05AM. Tiba-tiba jantung Azman berdegup laju. Dia baru teringat, waktu sekarang sudah pukul 12.05 pagi. Siapa yang menghantar anaknya ke sekolah malam-malam buta begini? 

Tanpa banyak tanya, Azman terus memulas laju motosikalnya itu. Sebelum dia pergi, sempat dia melihat ke cermin sisi motosikalnya itu. 

Kelihatan seorang wanita sedang memimpin tangan anaknya di bawah lampu isyarat itu. Muka mereka menakutkan, wajahnya pecah seperti dilanggar kereta. Badan mereka hampir tidak sempurna, hanya ada sebelah tangan dan mungkin sebelah kaki sahaja. Mereka melambai ke arah Azman dengan wajah mereka yang menyeramkan itu.

Meremang terus bulu roma Azman saat itu. Dia terus memulas tanpa memandang ke belakang lagi. Seminggu Azman demam masa tu.

.

.

.

.

Nota Kaki:

Orang kata kalau nampak hantu balik terus mandi. Sebab tak nak kena badi. Sebab kalau kena badi, hantu tu akan ikut kau balik rumah sekali. Mungkin kau tak perasan, tapi siapa tahu memang ada benda tengah perhatikan kau kan? 

Btw, suruh dia masukkan balik wey bijik mata dia tu, tak senonoh aku tengok terjojol keluar macam tu. Nak stay dengan kau dalam bilik tu stay je lah, tapi jaga perangai sikit tu ok! Pesan tau, jangan tak pesan hahaha.

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now