Benda ni terjadi masa aku dekat sekolah dulu. Kejadian yang buat aku serik nak tidur dah dekat surau asrama sekolah tu lagi. Kejadian tu berlaku masa aku dengan kawan-kawan aku buat keputusan untuk stay up sebab dekat bilik kitorang warden dah suruh off light.
Jam masa tu menunjukkan pukul 12.15 pagi. Disebabkan esok ada ujian akhir, warden bagi kelonggaran untuk off light pukul 12 malam. Walaupun sampai lewat malam, tapi bila kau main je dari siang dan kau start belajar lepas waktu maghrib, memang tak cukup lah masa untuk kau ulang kaji semua benda.
Dan disebabkan itulah, kami berempat buat keputusan untuk stay up dekat surau sekolah. At least tak payah lah nak baca dalam gelap kan. Jadi lepas warden dah ronda satu asrama, kitorang dengan penuh senyap berjalan keluar dari bilik menuju ke surau sekolah.
Surau sekolah tu pun tak ada lah jauh sangat, dekat sebelah blok asrama je pun. Dan bila sampai je dekat surau, kitorang pun bukak satu lampu dan mula buat ulang kaji seperti yang dirancang tadi. Masing-masing memang fokus belajar, almaklumlah peperiksaan akhir ni kena score sikit.
Dalam pukul 2 pagi macam tu, masing-masing dah mula mengantuk dah. Kawan aku si Sadiq, dan mula dah baring meniarap sambil pegang buku dia ke arah bumbung surau. Mata dah mula kuyu je. Otak pun masa tu nak tak nak je ingat semua benda.
Tak lama lepas tu, Sadiq ni pun tidur. Buku dia tadi tu dia letak dekat atas muka dia, silau katanya. Bila kau mengantuk, dan kawan kau mula tidur, maka dengan serta merta badan kau pun akan merayu nak tidur jugak macam kawan kau tu.
Tapi aku tahan mata aku ni lagi. Walaupun dah mengantuk yang amat sangat, tapi ada lagi beberapa perkara yang aku tak baca. Nak tak nak memang kena baca sampai habis lah kan. Dan lepas sorang, sorang lagi kawan aku tidur. Kini tinggal lah aku berdua dengan kawan aku ni, Fareez.
Dalam pukul 2.15 macam tu, Fareez dah habis baca dah. Dia yang dah mengantuk sebelum tidur sempat pesan dekat aku "Mirul, nanti kalau kau dah habis baca kau kejut kitorang ea. Jangan tinggal kitorang pulak dekat sini."
Aku yang lagi sikit je nak habis pun mengangguk setuju. Iyelah, kesian tu memang kesian, tapi tak kan nak suruh dorang tinggalkan aku seseorang dekat situ. Jadi aku biarkan je lah dorang tidur dulu, nanti aku dah habis ulang kaji aku kejut dorang untuk naik ke bilik.
Masa tengah ulang kaji tu, aku rasa mengantuk yang amat sangat. Dan secara tak sengaja, aku pun tertidur dekat situ sebelah dorang. Memang tak sedar apa dah, lena selenanya.
Dalam aku tengah indah bermimpi ni, tiba-tiba aku terjaga dari lena. Aku dapat rasakan ada orang kejut aku dengan menggoncang bahu aku kuat. Bukan setakat tu, aku siap dengar dengan jelas lagi yang orang tu suruh aku bangun dan tunaikan solat.
Dengan mata yang masih mengantuk yang amat sangat, aku bangun dan tengok sekeliling aku. Surau tu dah mula bercahaya, dan suasana macam dah masuk waktu subuh.
Masa tu aku maki diri sendiri. Iyelah, baru je terlelap tahu tahu dah pagi dah. Letih tak hilang lagi, mengantuk tak payah cakap lah, boleh menangis sebab tak puas hati woooo. Jadi lepas aku dah marah diri sendiri tu, aku pun bangun dan kejut kawan-kawan aku yang lain. Semua tak gerak langsung, tidur mati agaknya.
Disebabkan aku rasa macam aku nak naik awal, jadi aku terus amik air wudhu' dan solat subuh sendirian. Nak tunggu solat berjemaah nanti lambat, jadi baik aku solat dulu. Kawan-kawan aku masih tak sedarkan diri, lepas 2 3 kali mencuba aku mengalah. Aku terus solat sendiri.
Masa aku angkat takbir tu, aku dapat rasakan ada orang jadi makmum aku. Mula-mula macam pelik lah, siapa pulak dekat belakang aku ni, tapi disebabkan aku penat sangat, aku malas dah nak fikir apa-apa. Aku teruskan solat tu sebagai imam macam biasa.
Dari rakaat pertama, hingga lah rakaat kedua aku menjadi imam macam biasa. Dari ruku' hingga lah ke sujud, dari duduk antara dua sujud hingga lah ke doa qunut, aku tak rasa apa-apa pun. Sampailah masa untuk aku bagi salam.
Masa aku toleh ke kanan tu, punya lah aku terkejut sebab aku tengok tak ada sesiapa pun dekat sebelah aku tu. Fuhhhh masa tu dalam hati ni Allah je yang tahu perasaan aku. Bila aku jengah je belakang, selamat kawan-kawan aku masih tidur terbongkang dekat belakang tu. Kalau dorang pun dah tak ada, memang pecut lari lah aku masa tu.
Aku terus bangun dan duduk dekat tengah-tengah antara kawan-kawan aku tu. Masa tu, aku terdiam dan aku tengok sekeliling. Aku macam spechless, tak tahu nak buat apa. Tadi masa aku bangun, suasana macam dah nak siang. Tapi kali ni aku tengok lagi, suasana gelap pulak.
Disebabkan tak puas hati, aku capai jam tangan aku dan tengok waktu tu pukul berapa. Jam menunjukkan tepat pukul 3.30 pagi. Meremang terus bulu roma aku. Siapa yang kejut aku suruh solat tadi? Dan siapa pulak yang jadi makmum masa aku solat tadi? Aku tergamam. Masa tu aku gegar kawan aku suruh bangun jugak. Lepas semua dah bangun, kitorang kemas-kemas dan terus balik bilik.
Aku tak cerita pun dekat kawan aku sampailah esok pagi. Sampai lepas habis periksa. Rupanya kawan aku semua kena benda yang sama, cuma dorang tak ada lah terus bangun dan solat. Dorang terjaga sebab katanya ada orang kejut dorang suruh solat. Tapi lepas tengok jam baru pukul 3 pagi, dorang semua sambung tidur balik. Aku je yang bangun dan terus amik wudhu'. Huhuhu.
Sejak kejadian tu, aku serik dah nak tidur dekat surau tu lagi. Walaupun mak aku cakap tu jin Islam, tapi pada aku still menakutkan. Iyelah, selamat dia tak tunjukkan wajah dia, kalau dia tunjuk, mau pengsan terus aku masa tu. Apa apa pun, kalau nak tidur dekat surau tolong jaga adab. Sebab kawan aku pernah kena kacau teruk sebab dia tak jaga adab masa tidur dekat surau. Nanti aku ceritakan dekat #13 ye. Selamat malam! Assalamualakum.
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...