#33: Rumah Atuk

4K 248 54
                                    

Assalamualaikum wbt

Korang apa khabar? Sihat? Saka macam mana, okay tak dia? Hihi. Malam pun masih muda, buat apa tidur awal kan. Tidur awal pun bukan ada hantu teman. Tidur lambat sikit, baru "dia" free nak datang teman. Kalau korang bertuah, siap dengan geng-geng dia sekali nanti dia bawak 🙊 muahahahahaha

Korang mesti tertanya-tanya apa lagi lah yang aku nak cerita pasal Atuk aku kan. Ye lah, rasanya dalam cerita ni kebanyakkan nya semua cerita pasal kisah Atuk aku. Dah macam sumber rujukan hantu-hantu lah kiranya haha.

Kalau sebelum ni aku banyak cerita pengalaman Atuk lelaki dan Atuk perempuan aku, tapi kali ni dalam bab ni, aku nak cerita tentang rumah yang dorang diami tu. Mungkin aku pernah cerita sikit-sikit dalam bab-bab lepas, tapi percayalah korang tak akan rasa bosan bila baca bab ni, sebab kalau korang bosan aku hantar hantu kacau korang muahahahahaha. Ok gurau

Rumah Atuk aku ni tak ada lah seram sangat pun. Rumah dia bukan macam rumah yang typical dalam cerita hantu melayu tu, tapi rumah Atuk aku ni elok je. Boleh dikatakan sekarang ni dah fully batu lah. Ada lah certain part yang masih berkayu, tapi biasanya bawah batu, then atas baru kayu.

Dulu dalam 3 4 tahun lepas, rumah Atuk aku ni kiranya rumah paling last dalam kampung tu. Tapi dekat sekeliling tu ada lah jiran banyak. Jarak pun tak ada lah jauh sangat, kiranya dalam 100 meter lah jarak dari rumah Atuk aku tu dengan jiran belakang rumah dia tu. Tapi dekat-dekat pun, pemisah antara rumah dorang tu adalah semak samun. And belakang sebelah sana rumah Atuk aku tu hutan. Cuma beberapa tahun ni je lah baru ada taman perumahan dibuat, jadi kuranglah takutnya.

Walaupun keliling tu rumah, belakang sana taman perumahan, bila waktu malam suasana tetap gelap dan menakutkan dekat kawasan tumah Atuk aku tu. Ye lah, rumah Atuk aku tu agak luas dan dia bukannya pasang lampu dekat semua penjuru. Katanya jimat, pasang bila nak guna je. Tapi kitorang yang cucu-cucu ni bila penakut rasa macam nak pasang satu rumah je lampu tu haha.

Mungkin bagi korang yang dah biasa tinggal dekat rumah kampung akan biasa dengan suasana tu. And even aku yang rumah dekat taman pun tak ada lah culture shock sangat, cuma bila sekali sekala tidur sana memang meremang jugak lah bulu roma aku ni.

So aku akan senaraikan beberapa perkara yang pernah berlaku dekat rumah Atuk aku yang pada aku agak menakutkan lah. Mohon korang baca dan judge sendiri ye.

1. Bunyi aneh
Benda paling basic yang korang kena tahu tentang rumah Atok aku ialah bila malam je kau akan dengar pelbagai bunyi yang kau sendiri tak tahu bunyi tu bunyi apa.

Paling biasa bunyi orang main sudu dan garfu, bunyi orang bukak plastik, bunyi orang amik dan letak pinggan kaca, bunyi tikus dan seangkatan dengannya. Memang tak dinafikan rumah kampung mana yang tak ada tikus kan, tapi kalau dah bunyi tu pukul 12 tengah malam, kau rasa kau boleh fikir positif lagi ke? Haha

2. Rasa diperhatikan
Orang kata benda ni pun dah biasa sebab dekat mana-mana pun orang akan rasa macam ada orang tengah perhatikan kita. Tapi apa kau rasa bila kau rasa kau diperhatikan dan kau ingat tu cuma satu imaginasi dan perasaan kau, tapi rupa-rupa nya memang kau sedang diperhatikan oleh lembaga yang kau sendiri tak tahu nak gambarkan macam mana.

Dia tersengeh dari celah kayu dekat bilik air sambil perhatikan kau yang sedang khusyuk melepas sambil cuba berfikiran positif bahawa tak ada apa-apa yang sedang berlaku. Kau rasa?

3. Pelbagai gangguan mistik
Kalau aku nak cerita satu-satu, mau aku kena buat buku no 2 ni. Haha. Tapi kalau korang memang baca cerita aku ni dari awal, korang pasti dah tahu kan kejadian-kejadian yang pernah berlaku dekat rumah Atuk aku tu. Antaranya:

- Atuk perempuan aku kena tindih dengan pontianak dan pontianak tu terbang atas badan dia masa dia tengah tidur.
- Pak cik aku tunggu nenek aku siap solat sebab dari luar nampak bayang nenek aku tengah solat. Padahal masa tu rumah kosong, tak ada orang.
- Nenek sedara aku cakap bapak aku tengah berbual dengan kawan dia dekat depan, padahal bapak aku tengah duduk sorang.
- Ular hitam masuk rumah Atuk aku, tapi dia tak serang sesiapa. Bapak aku cuma cakap "kalau kau nak hidup, cari jalan keluar sendiri". Tak lama ular tu keluar lalu pintu depan rumah kitorang dan hilang.
- Sepupu kitorang yang baru berumur 6 tahun menangis-nangis cakap dalam bilik dia ada monyet besar. Padahal mak dia tidur lena je.

Dan macam-macam lagi lah. Malas pulak aku nak type haha.

Dn untuk pengetahuan korang, dalam ramai-ramai ahli keluarga kitorang ni hanya ada dua orang je yang berani tidur sesorang dekat rumah tu. Atuk lelaki aku dengan ayah aku. Yang lain bagi upah pun dorang tak akan nak tidur sesorang haha.

Atuk aku selalu pesan, alaaa bukan nya ada apa pun dekat rumah tu, jadi buat apa nak takut. Dia berani and dah jumpa macam-macam boleh lah. Cuba bayangkan kalau kitorang ni tidur sesorang, lepas tu tiba-tiba ada pontianak datang teman apa tak pengsan dekat situ? Mahu terkencing teryak sekali haha.

Memang lah lagi kita takut lagi benda tu suka, tapi kalau dah dia cakap "hai, tidur sorang ke? Meh kita teman awak." Kau rasa? 😅

Moga korang tak tidur sorang lah ye, sebab risau ada yang nak teman kan nya pun adui kan hahahahahaha

Kbai 🙊

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now