Kau terjaga pukul 2 pagi. Kau jadi gelabah sebab kau tak nampak apa-apa. Kau raba-raba sekeliling kau, tanah.
Eh tadi bukan kau tidur atas katil ke?
Kau terus jerit-jerit panggil nama mak ayah kau, kau menangis sekuat hati kau. Tapi sayang, tak ada sesiapa yang dengar.
Kau cuba berdiri, tapi badan kau diikat kuat. Tangan kau pun terbalut sama, kau tak mampu nak bergerak ke mana-mana. Kau menangis lagi.
Tak lama lepas tu, kau dengar bunyi tapak kaki datang dekat kau. Tapi kau tak nampak apa-apa pun. Kau mula gelabah. Dan kau masih lagi menjerit.
Tiba-tiba bunyi tapak kaki tadi tu berhenti, then kau dengar dengan sangat kuat lagi jelas suara bertanya"Ma Rabbuka"
Kau menggigil ketakutan. Kau tak tahu nak jawab apa, kau hanya menangis memanggil mak dan ayah kau.
Zasssssss!
Satu libasan kuat terkena ke badan kau! Sakit yang tak dapat nak digambarkan menyusur masuk sampai ke otak kau. Kau menjerit lagi, tapi kali ini bukan mencari mak dan ayah kau. Tapi kau menjerit kerana kau kesakitan.
"Man Nabiyyuka." Suara garau lagi mengerunkan itu sekali lagi berkata-kata.
Kau belum bersedia untuk menjawab. Malah kau tak tahu apa yang nak dijawab. Kau menjerit sekuat hati sampai nak pecah dada kau.
Paapppppp!
Kau berpeluh. Rupanya kau bermimpi. Kau lihat sekeliling, kau masih ada di dalam bilik kau. Kau pun lega.
Perlahan kau memegang badan kau. Walaupun cuma mimpi, sakitnya seakan benar terjadi. Itu lah mimpi paling menggerunkan sekali, mimpi yang kalau kau tak berubah pasti akan menjadi realiti.
.
.
.
.
Nota Kaki:
Selamat malam semua. Semoga mimpi indah :)
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...