#7: Cermin

9.3K 540 161
                                    

Cermin menjadi antara benda wajib yang dimiliki oleh semua orang. Tak kisahlah cermin dekat belakang pintu ke, cermin dekat depan almari ke, cermin dalam kocek ke, semua orang memerlukan cermin untuk melihat wajah mereka.

Tapi andai kata aku cerita kisah ni, aku harap lepas ni korang masih berani nak tengok cermin setiap hari.

Kisah yang diceritakan sendiri oleh kawan aku, Fareez. Kejadian ni berlaku dekat sekolah kami, yang melibatkan pak guard sekolah kami tu sendiri.

Diceritakan bahawa, menjadi satu tugas untuk setiap pak guard yang bertugas, untuk meronda ke setiap penjuru kawasan sekolah pada setiap waktu yang ditetapkan. Kalau aku tak silap, setiap 1 jam sekali.

Mereka ni bukan setakat kena meronda, malah kena kunci jam dekat setiap lokasi yang bertindak sebagai punch card buat mereka. Iyelah, kalau tak buat macam tu, tak meronda pun tak siapa yang tahu kan.

Malam tu katanya hanya ada seorang sahaja pak guard yang bertugas. Yang lagi seorang ada kecemasan, terpaksa mintak cuti last minute. Aku ingat lagi, nama pak guard tu Pak Cik Leman. Arwah Pak Cik Leman sebenarnya.

Dia antara pak guard yang paling peramah. Suka tersenyum dan suka tolong pelajar kalau ada masalah. Jadi tak hairan lah kalau sebut je nama Pak Cik Leman, semua orang dalam sekolah tu kenal.

Malam tu Pak Cik Leman ni bertugas macam biasa. Setiap satu jam dia akan ronda satu sekolah untuk pastikan sekolah tu dalam keadaan yang selamat. Nama pun pak guard kan, jadi Pak Cik Leman ni dah biasa dah dengan sekolah tu, jadi perasaan takut tu dah hilang dari diri dia.

Dari depan sekolah, hingga lah ke belakang kawasan sekolah. Dari makmal komputer, hinggalah ke surau sekolah. Semua tempat Pak Cik Leman ronda. Dengan berbekalkan sebiji lampu suluh di tangan kanannya itu, seluruh penjuru kawasan yang dia lalu akan dia suluh.

Sedang Pak Cik Leman ni meronda, tiba-tiba dia sakit perut. Dan disebabkan dia berada berhampiran dengan tandas di belakanh sekolah, maka dia pun menuju lah ke sana.

Malam tu Pak cik Leman tak sedap hati. Tak tahu lah kenapa tapi rasa lain macam je dari siang tadi. Tapi dia tak ikutkan sangat perasaan tu. Pak Cik Leman buat biasa je.

Masa Pak Cik Leman melangkah masuk je dalam bilik air tu, hatinya makin rasa tak sedap. Dengan tak semena-mena, dia dapat rasakan ada satu sapaan angin dari arah belakangnya. Pak Cik Leman menoleh, tapi tak ada sesiapa pulak dekat belakang dia. Pak Cik Leman terus masuk dan menuju ke tandas pertama.

Lepas Pak cik Leman dah buang air, dia pun sambil membetulkan seluar nya yang sedikit senget. Lepas tu Pak Cik Leman pun menuju ke arah sinki yang betul-betul berada dekat sebelah kanan dia.

Dibukanya pili air tu perlahan, lalu Pak cik Leman pun membasuh tangannya itu sambil melihat wajahnya itu yang terpantul di dalam cermin. Disebabkan air yang melalui kulit tangannya itu sejuk, Pak Cik Leman mengambil keputusan untuk turut membasuh mukanya itu.

Ditundukkan mukanya sedikit ke bawah menghampiri sinki, lalu wajahnya itu dibasuh berkali-kali. Kedinginan air itu menyegarkan seluruh tubuh Pak Cik Leman saat itu. Seusai dia merasa lega, Pak cik Leman pun mengangkat kembali wajahnya itu.

Saat dia melihat ke dalam cermin yang betul-betul berada di hadapannya itu, seluruh tubuh Pak Cik Leman kaku. Tangannya menggigil dan kakinya menggeletar ketakutan.

Di dalam cermin itu, dengan mata kepalanya sendiri, kelihatan wajah Pak cik Leman sedang tersenyum lebar. Pandangan matanya tajam, mambuatkan Pak cik Leman sendiri yang melihatnya hilang daya kekuatan.

Sedangkan saat itu Pak Cik Leman tidak tersenyum pun. Apatah lagi menajamkan pandangan nya pada diri sendiri. Tidak lama selepas itu, bayang-bayang di dalam cermin itu mulai ketawa melihat Cik Lepan.

Tanpa berfikir panjang, Pak Cik Leman terus berlari keluar dari bilik air itu menuju ke pondok pengawal keselamatan. Sepanjang dia berlari, segala jenis doa dan ayat Al Quran dibacakan. Belum pernah lagi selama ini Pak Cik Leman diganggu begitu.

Dan katanya, selepas seminggu kejadian tu, Pak Cik Leman telah pun meninggal dunia. Ada yang kata sebab Pak Cik Leman terkejut. Dan ada jugak yang kata kalau kita nak meninggal, memang bayang-bayang kita dalam cermin akan jadi macam tu. Yang mana betul pun aku tak pasti, sebab aku belum pernah alami lagi.

Jadi hati-hati lah kalau nak guna cermin lagi. Sebab risau bayang-bayang kau bergerak sendiri nanti. Hahahaha.

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now