Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak share dengan korang semua kisah yang real kan? Jadi hari ni aku teringat satu kisah yang kawan aku ceritakan pada aku dah lama dulu. Dari cara dia cerita tu, memang benda ni berlaku lah. Tapi aku tak berapa pasti akan kesahihannya lah.
Kisah bermula bila mana ada sekumpulan mat rempit ni bergaduh dengan geng mat rempit yang lain. Biasalah, dah nama pun mat rempit kan jadi cara dorang settle kan benda ni ialah dengan merempit. Aku dah lupa apa yang dorang deal kan, tapi kiranya kalau kau menang kau jadi raja lah dekat tempat tu.
Ok disebabkan perasaan nak menang tu membuak-buak, jadi salah satu geng ni rancang nak sabotaj perlumbaan malam tu. Bincang punya bincang, dorang decide nak pedajal geng tu dengan jatuhkan dia masa dorang tengah berlumba. Tapi dorang tak nak lah nampak obvious sangat, nanti automatik dorang kalah kan. Jadi last sekali dorang decide nak ikat tali dekat dua bahagian pokok dekat jalan yang akan dorang guna malam ni untuk berlumba.
Nak dijadikan cerita, malam tu budak yang sepatutnya bawak tali tak datang. Budak-budak yang dah stand by dekat bahagian pokok tu dah mula gelabahlah, sebab race akan bermula tak lama lagi ni. Cari punya cari entah macam mana salah sorang dari dorang tu terjumpa dawai besi dekat area situ. Disebabkan dah tak ada pilihan lain, maka dorang pun ikatlah dawai tu dekat satu pokok ni and tarik dan ikat dekat pokok lagi satu yang ada dekat seberang jalan tu.
Lepas dah siap kerja tu, dorang terus bla. Geng dorang semua dah tahu dah point nya dekat mana, jadi yang join race tu semua dah stand by je. Dan perlumbaan pun bermula.
Masa perlumbaan tu, geng yang jahat ni berlakon lah yang dorang tak boleh nak menang. Dorang bawak laju jugak, tapi still bagi geng yang lagi satu ni jalan dulu. Padahal dorang boleh je pecut, tapi disebabkan dekat depan sana dah pasang perangkap maka dorang pun pura-pura lah lambat.
Sampai je dekat tempat kejadian, geng jahat terus break motor dorang. Geng-geng yang tak tahu apa-apa ni pulak memang merempit laju lah. Nak dijadikan cerita, budak yang pasang dawai tu tadi tersalah pasang. Dia pasang dawai tu agak tinggi, jadi mana-mana mat rempit yang buat aksi 'superman' tu lepas lah. Tapi sayangnya tak semua buat aksi tu.
Ada satu motor ni dia pecut laju. Bila dia perasan budak-budak ni berhenti, dia pun toleh lah ke belakang. Tanpa dia perasan sebenarnya dekat depan dia tu ada dawai yang tengah tunggu je dia langgar. Dan entah macam mana, dawai yang diikat ketat dekat pokok tu terkena dekat leher dia sehingga menyebabkan leher dia putus. Yup, putus wei! Terpisah lah kepala dia tu dari badan.
Malam tu memang kecoh dekat kawasan tu. Bukan kecoh sebab apa, tapi katanya kepala mat rempit tu tak dapat dijumpai. Puas lah pihak polis dengan bantuan orang kampung cari dekat kawasan tu malam tu. Dah lah gelap, tak ada lampu jalan. Nak cari pulak kepala orang, memang meremang lah bulu roma jawabnya.
Dan sejak dari kejadian tu, macam-macam lah kisah yang berlaku. Ada orang kata kalau lepas pukul 12 tengah malam, jangan lalu situ. Ialah sebab katanya ada sorang Pak Cik ni masa dia baru balik kerja, dia perasan ada moto tengah merempit ikut belakang dia. Dia mula-mula buat-buat tak tahu je lah kan sebab selagi mat rempit tu tak kacau dia, tak kan lah dia nak takut kan.
Tak lama lepas tu, masa motor tu tengah nak memotong Pak Cik ni tadi, Pak Cik ni tergamam. Dia kata orang yang bawak moto tu tak ada kepala. Pak Cik tu terbabas and eksiden dekat situ. Selamatlah patah bahu je, kalau meninggal dah tambah lagi satu puaka dekat jalan tu lol :p
Selain Pak Cik tu, ada jugak orang kampung cerita tentang jalan tu. Katanya kalau jalan malam-malam jangan tengok bakul motor. Bukan sebab apa, sebab katanya pernah ada orang tu masa dia tengah bawak motor, tetiba dia rasa macam ada benda dekat bakul dia. Bila dia tengok, ada hemet sebiji dalam bakul motor dia tu. Masalahnya tak kisah lah kalau setakat helmet. Ini dia kata siap ada kepala lagi dalam tu.
"Ada nampak badan saya tak?"
Kau nak jawab apa? Mau tak pengsan kalau macam tu kan.
And masa kawan aku cerita benda ni dekat aku, dia sebenarnya balik nanti kena lalu jalan tu. Aku kalau jadi dia, esok baru aku cerita. Ialah, dah lah cerita seram, lepas tu kau nak kena balik sesorang lalu dekat situ. Memang tak lah aku nak cakap apa-apa. Tapi mungkin sebab dia berani, and maybe jugak sebab dah lama benda tu tak mengacau, maka dia ok je lah. Aku cuma mampu tepuk bahu dia dan senyum lebar je. Nak teman dia memang sorry lah haha. Kesian member aku tu, entah hidup ke tak lagi dia sekarang hahaha lol
.
.
.
.
Nota Kaki:
Yang mana suka bawak motor malam-malam tu hati-hati lah ye. Aku bukan apa, aku tak nak lah tiba-tiba ada helmet extra dalam bakul motor korang. Tapi kalau ada pun, korang keluarkan lah kepala dia tu then amik helmet dia. At least tambah lagi satu helmet dekat rumah nanti kan? Hahaha.
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...