Dalam kesamaran cahaya yang malap berserta asap kemenyan yang menebal, penglihatan Wak Man tidak begitu awas. Dia cuba untuk melihat Pak Mujir dengan lebih jelas bagi melihat 'apakah' sebenarnya yang merasuk tubuhnya.
Adakah kembar bunia yang diseru sejak dari tadi, atau adakah makhluk lain yang telah mendahului laluan itu.
Setelah diamati dengan lebih dekat, sangkaan Wak Man benar belaka. Yang merasuk tubuh Pak Mujir bukanlah kembar bunian kepada anak gadis mereka, namun yang merasuknya adalah satu lembaga yang tidak tahu berasal dari mana.
"Siapa yang menyeru aku untuk datang ke sini?" Tanya lembaga itu dengan suara penuh garau.
Lembaga yang merasuk tubuh Pak Mujir itu kemudian memerhatikan keadaan sekelilingnya. Dilihatnya anak-anak Pak Mujir kemudian wajahnya dialihkan pula ke arah Wak Man. Adik dan Abang kepada Mak Ras sudah mula kecut perut. Mana tidaknya, Wak Man sendiri kelihatan terkejut dengan kehadiran makhluk itu, ini lagikan pula mereka yang tidak ada ilmu langsung dalam perkara-perkara seperti ini.
"Siapa kau?" Tanya Wak Man memberanikan diri menghampiri Pak Mujir.
"Aku kira engkau lah yang menyeru aku tadi. Siapa aku itu tak penting, apa yang kau nak?" Soal lembaga itu marah.
"Tak ada sesiapa pun yang menyeru kau datang ke sini, aku tak memerlukan kau! Pergi dari sini! Kau hanya mengganggu urusan kami sahaja." Balas Wak Man berani.
Hahahahaha!!
Lembaga itu hanya ketawa sekuat hatinya. Dengan muka yang sangat bengis, dia melihat ke arah Wak Man dengan penuh tajam. Pandangannya itu benar-benar memancarkan bahawa sesungguhnya dia sedang marah. Wak Man yang sejujurnya agak gerun terus cuba memberanikan dirinya. Ditenung kembali wajah Pak Mujir itu lalu terkumat-kamit mulutnya membacakan jampi.
"Kau rasa kau dah cukup kuat dengan tu? HAHAHAHAHA." Sekali lagi lembaga itu ketawa dengan kuat sambil melihat Wak Man cuba menghalaunya.
Kejadian yang disaksikan oleh mereka semua itu belum pernah lagi disaksikan sebelum ini. Apa yang merasuk Pak Mujir benar-benar kuat sehinggakan Wak Man sendiri seakan mahu mengalah. Apabila Wak Man memberi arahan kepada Adik dan Abang kepada Mak Ras, mereka ketakutan untuk menghampiri tubuh Pak Mujir. Mana tidaknya, jelingan tajam berwarna merah itu pasti membuatkan sesiapa yang melihatnya ketakutan.
Disebabkan melihat Wak Man seakan tidak mengalah, lembaga itu binngkas bangun lalu berdiri. Selang beberapa saat kemudian, tubuh Wak Mujir yang dirasuk lembaga itu melompat ke dinding rumah mereka lalu merangkak ke seluruh rumah mereka.
Jika didengar memang seakan cerita rekaan, namun itulah yang dilihat oleh mata kasar mereka sekeluarga pada malam itu. Walaupun dirasuk, masih lagi tubuh Pak Mujir yang melakukan perkara-perkara tersebut. Melihat kejadian itu, Wak Man sendiri terdiam. Tubuhnya kaku di situ.
Selang beberapa minit kemudian, lembaga itu merangkak ke atas bumbung pula. Kali ini dia berada benar-benar di atas kepala Wak Man. Sepantas kilat, dia terjun lalu berdiri tegak di hadapan Wak Man. Mak Ras sekluarga yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan. Lembaga itu hanya tersenyum sinis kepada mereka semua.
"Aku tahu apa hajat kalian semua. Aku boleh bantu. HAHAHAHA." Kata lembaga itu sambil ketawa kuat.
"Kami tak memerlukan bantuan dari makhluk seperti kau. Pergi dari sini." Kata Wak Man perlahan.
"Aku boleh pergi, tapi jangan ingat aku akan pergi begitu sahaja. Aku memerlukan korban. HAHAHAHA." Kata lembaga itu yang kini sedang berdiri tepat di hadapan Mak Ras dan anak-anaknya.
Mendengar kata-kata itu, Mak Ras menolak anak-anaknya ke belakang lalu memberanikan diri untuk bersemuka dengan lembaga di dalam badan suaminya itu.
"Jangan kau usik anak-anak aku, suami aku. Pergi kau dari sini." Kata Mak Ras dengan linangan air mata.
"Aku hanya akan pergi jika ada korban yang menantiiiiii.!!" Jerit lembaga itu garau menyebabkan Mak Ras jatuh terduduk di sisi anak-anak mereka.
Anak-anak nya itu terus menangis lalu memeluk ibu mereka. Suasana sudah tidak terkawal lagi. Lembaga itu seakan tegas hanya akan pergi sekiranya ada korban yang disediakan buatnya menanti.
"Apa yang kau mahukan sebagai korban?" Wak Man bangkit lalu menghampiri lembaga itu.
"HAHAHAHAHA, aku pasti kau sudah tahu apa yang aku perlukan sebagai korban bukan?" Lembaga itu ketawa lagi.
"Aku hanya mampu menyediakan beberapa ekor ayam kampung untuk kau. Lebih dari itu aku tidak mampu." Balas Wak Man cuba untuk berbincang bersama lembaga itu.
"TIDAK!! Aku mahukan seorang manusia sebagai ganti. Aku janji sekiranya seorang manusia yang kau korbankan untuk aku, maka penyakit dalam keluarga ini akan sembuh dan aku tidak akan menggangu mereka lagi." Balas lembaga itu lalu melompat ke hadapan Wak Man.
"Tak ada sesiapa yang harus dikorbankan. Perjanjian ini tidak pernah wujud antara kau dan aku. Pergi kau dari sini sebelum kau aku bunuh." Kata Wak Man lalu mencapai keris nya yang berada betul-betul di penjuru rumah itu.
Sepantas kilat lembaga itu menghilangkan diri. Wak Man dengan penuh berhati-hati mula mencari di mana lembaga itu berada. Tanpa dia sedari rupanya lembaga itu berada tegak di atas kepalanya. Keris yang dipegang erat Wak Man tercampak jauh. Wak Man disepak kuat lalu terpelanting jauh ke arah mereka yang lain.
"Sebelum aku mengambil sesiapa sahaja di dalam rumah ini, lebih baik kalian serahkan seseorang sebagai korban kepada aku." Marah lembaga itu.
Lembaga itu kemudian berjalan mengelilingi rumah tersebut. Dia dengan penuh tajam memerhatikan mereka semua.
"Kau, siapa yang boleh kau korbankan untuk aku?" Tanya lembaga itu kepada Wak Man.
"Aku tak ada sesiapa untuk dikorbankan. Cari orang lain." Balas Wak Man kesakitan setelah dirinya tercampak jauh.
"Kau yang berada di sebelahnya. Bukan ke kau ada anak kecil dekat kampung sana? Sesuai untuk dijadikan korban." Kata lembaga itu lalu menghampiri Abang kepada Mak Ras itu.
"Akk Akk akuu tak izinkan. Cari orang lain sebagai ganti." Balas dia ketakutan yang amat sangat.
"Kalau semua tak ada, aku akan ambil anak kau tu. HAHAHAHA." Balas lembaga itu sambil ketawa penuh menggerunkan.
"Jangannnnnnn! Kau boleh ambil nenek sebelah isteri aku, dia sedang sakit dekat kampung sana. Ambillah dia, jangan ambil anak aku. Tolong lah aku merayu." Kata nya merayu kepada lembaga itu.
"HAHAHAHAHA. Aku terima korban kau tu." Balas ringkas lembaga itu.
Selang beberapa saat selepas itu, tubuh Pak Mujir menggigil. Dia seakan dikenakan renjatan senjata. Tubuhnya kemudian rebah di situ. Melihat tubuhnya tidak bergerak, Mak Ras dengan pantas berlari menuju ke arah suaminya yang terlah terkulai layu itu.
Dipapahnya suaminya itu lalu Mak Ras cuba untuk buat Pak Mujir tersedar. Alhamdulillah, masih ada pernafasan cuma mungkin Pak Mujir pengsan akibat terlalu letih dirasuk lembaga itu.
Suasana kembali seperti biasa, anak-anak nya menghampiri Mak Ras dan masih fobia dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Abang Mak Ras yang secara tidak sengaja menyebut nama neneknya itu seakan hilang kata-kata dan hanya terdiam di tepi dinding rumah itu.
Wak Man pula dipapah oleh Adik Mak Ras menuju ke tengah ruang tamu. Beberapa peralatan yang dibawa tadi dicapai lalu dia meminta Adik Mak Ras untuk menghantarnya pulang. Dia agak ketakutan kerana ini merupakan kali pertama dia menyaksikan kejadian seperti itu.
Tidak lama selepas itu, Pak Mujir mula menyedarkan diri. Anak-anaknya masih berada di situ ketakutan. Selepas sedar, Isterinya menceritakn kembali kejadian yang berlaku. Pak Mujir sendiri mengatakan bahawa dia turut bertarung di dalam mimpinya itu untuk mempertahankan anak-anak nya. Mungkin kerana itulah anak-anaknya itu tidak dijadikan korban oleh lembaga tersebut.
Selepas kejadian itu, Alhamdulillah keluarga Pak Mujir hidup seperti keluarga biasa. Tiada lagi gangguan menimpa mereka. Namun satu kejadian yang amat memeranjatkan mereka ialah apabila sehari selepas kejadian itu berlaku, nenek yang dinamakan sebagai korban itu benar-benar pergi menghadap Ilahi. Mungkin sudah ditakdirkan untuk dia meninggal dunia namun bagi mereka yang menyaksikan kejadian pada malam itu, mereka seumpama hilang kata-kata apabila mendengar berita
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...