#38: Pengalaman yang Tak Dapat Dilupakan (Part 2)

2.8K 218 12
                                    

8 Jun 1985

Hari ini, seperti yang dijanjikan akan ada seseorang yang hadir ke rumah mereka untuk cuba merawat penyakit mereka sekeluarga. Pawang yang dibawa oleh Adik kepada Isteri Pak Mujir itu dikatakan telah berjaya merawat banyak kes-kes histeria sebelum ini seperti yang dialami oleh mereka sekeluarga.

Petang itu selepas asar kelihatan Adik lelaki nya muncul bersama dua orang lelaki, seorang pawang serta Abang ipar kepada Isterinya itu sendiri.

"Assalamualaikum. Hamboi seronok betul duduk berkelah bawah pokok ni ye. Haha." Sapa Adik nya itu kepada Pak Mujir sekeluarga yang sedang duduk bersmaa di bawah pohon pelam di halaman rumah mereka.

"Waalaikumsalam. Eh Adol, Haha. Biasalah petang-petang macam ni seronok duduk bawah pokok ni. Eh jemputlah duduk." Balas Pak Mujir sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Eh Abang pun ada sekali. Akak mana Bang? Tak ikut sekali ke?" Tanya Isteri Pak Mujir saat melihat Abang nya itu turut hadir ke rumah mereka itu.

"Akak kau takut nak ikut katanya. Dia kirim salam je dekat kau sekluarga." Balas Abang kepada Isterinya itu lalu duduk bersama di bawah pokok pelam tersebut.

Dalam perbualan yang sedang rancak itu, kelihatan pawang yang menggelarkan dirinya sebagai Wak Man sibuk mengumat-ngamitkan mulutnya seakan sedang membacakan sesuatu. Matanya dari tadi tidak lekang dek melihat ke sekeliling rumah Pak Mujir itu. Sambil melihat ke sekeliling rumah, Wak Man juga ada bertanya beberapa soalan kepada mereka sekluarga.

"Adik kau cakap, kau ada anak kembar bunian. Betul ke?" Tiba-tiba Wan Man bertanyakan soalan, menyebabkan suasana sunyi seketika.

"Tentang hal tu biarlah isteri saya sendiri yang menjawabnya. Dia lebih tahu segalanya. Kejap ye Wak. Mat, pergi panggilkan Ibu kau dekat dapur sana tu." Balas Pak Mujir lalu menyuruh anak nya yang sedang bermain bersama kakak nya itu memanggil isterinya.

Tidak lama selepas itu, muncul isterinya itu bersama anak bongsu mereka. Selepas Pak Mujir menerangkan soalan yang ditanya oleh Wak Man tadi, akhirnya Isterinya itu mula berbicara.

"Dulu masa saya sedang mengandung kan anak saya yang no 3 tu, saya ada bermimpi yang saya telah diusung oleh beberapa orang ke satu kawasan yang saya tak kenal dekat mana. Dalam mimpi saya tu, perut saya telah dibelah dan bayi saya telah diambil oleh mereka. Selepas itu mereka memulangkan saya kembali ke rumah saya dan saya tersedar dari mimpi tu. Alhamdulillah, masa tu perut saya masih mengandung lagi cuma bila saya tanya kan pada bidan kampung masa tu, dia kata berkemungkinan besar anak dalam kandungan saya sudah tiada. Namun alhamdulillah, selepas 9 bulan akhirnya saya melahirkan anak saya tu. Bidan tu kata saya beruntung sebab saya mungkin mengandungkan anak kembar, jadi bunian telah mengambil salah satu bayi dalam kandungan saya tu." Panjang lebar Mak Ras cuba menerangkan agar mereka semua faham situasi yang diceritakan.

"Dalam mimpi saya kelmarin, anak awak yang telah diambil bunian tu bukan calang-calang orang. Dia merupakan salah seorang keturunan diraja dalam alam bunian. Jadi malam ni saya akan cuba untuk dapatkan bantuan dari dia untuk pulihkan kalian sekeluarga." Kata Wak Man lalu menghirup air teh yang dihidangkan di hadapannya itu.

Dalam keadaan yang masih tidak berapa faham, mereka sekeluarga hanya menganggukkan kepala mereka.

"Barang-barang yang aku pesan tu dah ada belum?" Sekali lagi Wak Man bertanya kepada Pak Mujir.

"Dah ada dah Wak. Semua tu saya dah sediakan." Balas Pak Mujir ringkas.

"Ok bagus. Malam ni lepas maghrib kita mulakan rawatan. Pastikan kau sekeluarga pakai pakaian berwarna putih. Jangan ada sorang pun yang pakai baju warna hitam. Faham?" Wak Man mengingatkan mereka sekeluarga lalu bangkit dari kerusi nya itu.

-0-0-0-0-

Seusai mereka sekeluarga solat berjemaah, kelihatan Wak Man sudah duduk bersedia di ruang tamu rumah mereka. Di sisinya kelihatan tenang Adik dan juga Abang kepada Mak Ras. Barang-barang yang diperlukan sudah tersedia, malah Wak Man sudah mulai membakar kemenyan saat itu.

"Kau sekeluarga, duduk depan aku ni. Yang tua paling tepi sekali, yang bongsu letak sebelah kau." Arah Wak Man saat melihat mereka sekeluarga menghampiri nya.

Dalam beberapa saat sahaja bau kemenyan sudah mulai memenuhi ruang tamu rumah mereka. Anak nya yang paling bongsu kelihatan tidak senang duduk dengan bau asap tersebut. Wak Man tanpa menghiraukan situasi itu terus membakar lagi kemenyan yang ada sambil mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Suasana mulai terasa dingin. Seakan ada makhluk yang tidak menyukai kehadiran Wak Man di situ, gangguan mulai kedengaran. Bunyi pinggan pecah di dapur, bunyi pintu rumah diketuk, malah kedengaran suara anak mereka menangis walhal semua anak-anak nya itu berada betul-betul di sisinya.

"Kalian jangan bimbang, dia hanya nak takutkan kalian sahaja. Tenang." Kata Wak Man saat melihat reaksi anak-anak Pak Mujir mulai berubah.

"Mana anak kau yang ada kembar bunian tu?" Tiba-tiba Wak Man bertanya kepada Isteri Pak Mujir, Mak Ras.

"Yang no 3 Wak. Yang itu." Sambil Mak Ras menunjukkan jarinya ke arah anak gadisnya itu.

Dengan terpinga-pinga, anak gadisnya itu menurut perintah Wak Man lalu bangun lalu menuju ke arahnya. Dia duduk betul-betul di hadapan Wak Man lalu memejamkan matanya ketakutan.

"Sekarang, aku akan panggil kembar bunian kau untuk datang ke sini. Tapi dia memerlukan satu jasad untuk ditumpang. Disebabkan kau adalah kembar dia, maka kau lah yang paling dekat dengan diri dia." Kata Wak Man lalu mengangkat tinggi sebilah keris yang dari tadi telah diasapkannya.

Satu mentera jawa telah dibaca kuat. Mereka di sana sudah semestinya memahami apa yang dikatakan kerana mereka merupakan keturunan jawa. Di dalam mentera itu kedengaran Wak Man menyeru agar kembar kepada anak gadis itu muncul dan masuk ke dalam badan anak gadis tersebut.

Kemenyan terus dibakar, mentera juga terus dibacakan, namun yang diseru tetap terus tidak muncul-muncul tiba. Disebabkan itu, Wak Man menyuruh anak gadis Pak Mujir yang lain untuk menggantikan tempat tersebut. Namun cubaan tetap gagal.

Suasana benar-benar tegang apabila Wak Man kini sudah mulai berdiri lalu menghalakan keris nya itu ke seluruh ahli keluarga Pak Mujir. Asap kemenyan sudah mulai penuh di ruang itu lalu sebiji limau nipis dibelah dua dan dicampakkan ke penjuru rumah mereka.

Seakan rumah itu digoncang kuat, kesemua mereka yang berada di dalam rumah itu tercampak ke tepi. Dalam cubaan Wak Man untuk bertahan, dia turut tercampak jauh lalu tubuhnya tercampak ke dinding rumah itu.

Dalam keadaan yang penuh cemas, kelihatan semua orang sudah mulai ketakutan. Anak-anak Pak Mujir mulai menjerit lalu berlari mendapatkan ibu mereka. Abang dan Adik Mak Ras pula cuba bangkit untuk membantu Wak Man yang mengerang kesakitan.

"HAHAHAHAHA."Dalam suasana cemas sebegitu, kedengaran suara garau seseorang ketawa di tengah rumah.

Selepas diperhatikan betul-betul, kelihatan Pak Mujir sedang duduk bersila seorang diri betul-betul di tengah ruang tamu rumah mereka. Wajah Pak Mujir bengis, matanya merah. Sah, ada sesuatu yang telah memasuki badannya itu.

BERSAMBUNG...

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now