#90: Ghostbuster

291 38 5
                                    

Assalamualaikum and hai semua 👻

Okay aku sambung balik kisah adik lelaki aku dan hijab dia yang terbukak tu ye. Aku lupa aku pernah cerita dekat korang ke tak tapi masa aku study dekat bangi dulu, aku ada kenal dengan sorang kakak ni masa aku join satu program amal dekat putrajaya.

So nak dijadikan cerita, aku rapat gila dengan kakak ni sebab dia ada sakit. Sakit dia berkaitan dengan saraf mata yang mana dalam beberapa tahun lagi dia akan hilang penglihatan dia secara menyeluruh. As for now, dia masih boleh nampak lagi tapi samar-samar lah. So aku rasa kesian gila dekat kakak ni, sebab tu aku selalu tolong dia akan akan selalu lah teman dia kalau dia nak pergi checkup dekat hopsital or nak pergi mana-mana.

To make it short, akak angkat aku ni dia kena pergi fisio therapy dekat hospital Kluang. Nak buat dekat HUKM boleh, tapi que dia panjang and take time nak dapatkan giliran tu. So Doktor cadangkan supaya dia buat fisio dekat hospital Kluang. Mula-mula dia nak pergi sendiri, tapi of course lah aku tak bagi. Dengan keadaan kesihatan dia macam tu kan, bukan senang lah nak naik bas ke Kluang tu.

Disebabkan aku orang Batu Pahat, so aku bagitau lah dekat Mak aku dulu. Mintak izin dia boleh ke aku nak bawak akak aku ni balik and hantar dia ke hospital Kluang nanti. Mak aku jenis yang tak kisah, lagipulak siapa je yang tak kesian kan dengan keadaan akak tu.

Aku ingat lagi, masa pertama kali aku sampai ke rumah dengan akak aku tu, adik lelaki aku ada dekat anjung rumah. Dia duduk situ hisap rokok and macam biasalah bila nampak aku balik dia sambut aku. Tapi aku dapat rasa dia macam lain. Adik aku ni macam tak peramah sangat and dia macam pandang serong lah dekat akak angkat aku ni.

Kita pendek kan lagi, lepas akak tu dah naik atas apa semua aku pun duduk lah sembang dengan adik aku tu. Mula-mula tak cakap apa pun, tapi lama-lama dia bukak jugak cerita.

Adik aku kata, masa kitorang sampai tadi ada lembaga muncul dekat depan rumah kitorang tu. Dekat area bangsal kereta depan rumah kitorang. Lembaga tu hitam besar tinggi, and muka dia macam bengis lah. And adik aku kata aura dia macam protective and macam marah je bila nampak aku dengan akak aku ni masuk rumah tu.

Aku tanya dekat dia, benda tu apa kan. Adik aku kata, dia pun tak pasti. Mula-mula adik aku ingat akak angkat aku ni jahat sebab dia macam ada niat tak baik dekat aku. Tapi lama-lama dia tengok benda tu, benda tu dia macam pendamping kepada akak angkat aku tu.

Aku sebenarnya tak terkejur sangat sebab kawan aku yang hijab dia terbukak tu pun pernah jumpa akak angkat aku ni. And memang masa tu dia menggigil and dia kata benda ni sangat kuat. Kawan aku tu dia punya berani dia tengok atas bawah kot 🤣 bapak berani. Aku yang tak nampak apa ni pun dah seram sejuk je dengar.

Akak angkat aku ni sebenarnya pernah lah cerita dekat aku yang penyakit dia ni sebenarnya berpunca dari makhluk halus jugak. Dia kata ada orang dengki dengan perniagaan mak dia, so ada orang hantar benda ni dekat keluarga dia. Entah macam mana melekat dekat akak angkat aku ni and benda tu duduk dekat saraf mata akak aku ni.

Doktor pun pelik sebab family akak angkat aku ni tak ada yang sakit macam ni pun, so bila pergi jumpa ustaz barulah faham kenapa penglihatan akak angkat aku ni jadi teruk. Tapi dah ramai jugak ustaz yang dia jumpa. Disebabkan makhluk tu dah berpuluh tahub duduk dekat saraf mata akak angkat aku ni, jadi agak susah nak buang. And ada sorang ustaz ni pernah cakap kalau tak buang memang mata akak angkat aku ni akan jadi buta.

Aku pun cerita lah semua benda dekat adik aku ni, dia baru lah faham and dia mintak maaf lah sebab salah sangka dekat akak angkat aku tu.

Keesokan harinya, malam tu kitorang buat bakar-bakar. So kitorang bakar ayam dekat depan rumah lah. Masa tengah dok syok bakar tu tetiba adik lelaki aku punya tangan sakit gila. Macam kebas pun ada, macam kena sengat pun ada. Tak lama lepas tu adik aku kata dia nak duduk. Masa tu dia macam dah mula hilang akal dah. Kalau orang jawa kata isim dia dah datang haha.

Dia tak meracau, tapi dia macam tak sedar diri and macam tengah berlawan dengan sesuatu yang kitorang tak nampak. Selamat lah ada girlfriend dia masa tu, so gf dia ni lah yang dok tenangkan adik aku dekat situ.

Dia suruh selawat, jangan melawan dah, balik, balik. Aku ingat lagi gf dia ni pesan. Haha

Dalam 10 minit jugak lah adik aku ni dia melawan, then dia sedar. Bila dia sedar tu memang dia lemah lah. Dia kata dekat aku yang ada benda tak puas hati dengan akak angkat aku tu. Benda tu datang sini and nak serang akak aku tu tapi sebab rumah aku ada pendinding, jadi dia tak dapat nak masuk.

Kebetulan kitorang buat bakar-bakar tu dekat luar rumah, jadi adik aku lah yang jadi pendinding dia masa tu. Kalau tak jadi depan mata, kita memang tak percaya kan? Tapi memang aku nampak sendiri apa yang jadi dekat adik lelaki aku malam tu.

Then adik lelaki aku pesan, jangan bagi akak angkat aku tu tidur dekat dengan tingkap. Kalau boleh tidur dekat bilik tetamu sebab bilik tu jauh sikit dari tingkap.

Malam tu alhamdulillah semua okay je, tapi adik aku kata benda yang nak kacau akak angkat aku tu berjaya masukkan "tangan" dia dalam rumah lah. Tapi tak dapat nak capai akak angkat aku tu hahaha loser 🤣

And adik aku ada pesan jugak lah dekat akak angkat aku tu supaya berubat sebab adik aku memang tak dapat nak tolong. Even benda yang mendampingi akak angkat aku tu pun dah kuat, apatah lagi yang datang serang tu kan.

So setakat ni dulu. Lepas ni aku nak cerita part aku teman akak angkat aku ni pergi berubat dekat 2 orang ustaz. Sebenarnya ramai lagi tapi dua ni je yang aku rasa penting untuk aku cerita and best hahaha 🤣

So harap bersabar ye. Malam ni jangan tidur tepi tingkap, risau lah mana tau ada yang jengah dari luar tu hahahahahah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now