#21: Deria ke-6 (Bahagian 2)

6.5K 393 88
                                    

Kalau sebelum ni aku kongsi dengan korang semua, kisah deria ke-6 yang Adik aku sendiri alami, kali ini aku nak kongsi lagi kisah deria ke-6 yang kawan satu tempat kerja aku alami.

Nama dia Kak Fira. Umur dia dalam lingkungan 27 dan dia ni masih lagi belum berkahwin. Aku kenal dia masa aku kerja sebagai cashier dekat The Store lepas aku habis SPM dulu.

Kami semua tak tahu pun yang Kak Fira ni ada deria ke-6 sampailah satu hari tu dia kongsi pengalaman dia dengan kami semua. Mula-mula kami semua macam tak percaya, tapi lepas cerita ini disahkan sendiri oleh Kak Mira, kawan kepada Kak Fira ni barulah kami rasa yakin sikit untuk percaya.

Kak Fira dan Kak Mira ni tinggak sebilik dekat asrama yang pihak The Store sediakan. Ada lah beberapa orang pekerja lain dalam asrama tu tapi mereka tak terlibat pun dalam cerita ni. Haha.

Pertama sekali, korang kena tahu yang kerja The Store ni ada shift. Ada shift pagi, shift petang dan jugak full day. Dan dalam seminggu tu akan ada 1 hari cuti. Shift kami semua ni tetap, maksudnya tak akan berubah dari awal tahun sampai lah ke akhir tahun. Kecuali ada sales ke, ada cashier yang berhenti ke, haaa masa tu baru lah akan ada pertukaran shift.

Kak Mira dan Kak Fira ada shift yang sama. Dorang akan cuti pada hari Khamis. Dan disebabkan dua-dua ni duduk asrama, maka waktu cuti ni lah dorang akan balik ke kampung masing-masing.

Nak dijadikan cerita, ada satu minggu tu keluarga Kak Fira pergi bercuti. Jadi kalau Kak Fira balik pun bukan ada sesiapa dekat rumah tu. Kebetulan pulak, Kak Mira ada hal dan dia terpaksa balik lewat malam. Jadi disebabkan dia takut nak drive sesorang, dia pun ajak lah Kak Fira ni balik sekali ke kampung dia untuk temankan dia.

Biasalah rumah kampung, tanah rumah luas. Jiran sebelah rumah pun bukan dekat-dekat sangat. Tambahan pulak, suasana kampung bila malam ni sunyi sikit. Orang kampung pulak bila malam sama ada duduk melepak dekat warung sambil minum kopi, tak pun duduk depan tv dekat dalam rumah je.

Begitu lah suasana rumah Kak Mira. Kawasan rumah dia agak sunyi jugak lah. Jiran sebelah rumah jauh, tapi lampu rumah jiran tu boleh nampak lah dari rumah dia. Antara rumah Kak Mira dan rumah jiran dia ada kebun milik Ayah Kak Mira. Kebun tu agak luas jugak lah, ada macam-macam buah katanya yang Ayah dia tanam.

Malam tu sampai rumah Kak Mira pun dah lewat malam. Mak Ayah dia pun katanya dah tidur dah. Dan disebabkan malam tu Kak Mira berdua, jadi tak ada lah dia takut sangat nak pergi mandi. Dia bukan nya takut kan apa, takut ada budak-budak nakal mengendap dia mandi. Almaklumlah, rumah kampung ni bilik air dan tandas dia dekat luar rumah.

Lepas dah siap mandi apa semua, tiba-tiba Kak Fira kata dia sakit perut pulak. Dan untuk makluman korang, Kak Fira ni memang jenis yang berani sikit. Jadi bila Kak Mira tawarkan untuk teman dia pergi ke tandas, dia tolak. Lagipun masa tu Kak Mira tengah bergayut dengan tunang dia, jadi Kak Fira tak nak lah kacau dia kan.

Lagipun Kak Fira kata dia berani dan kalau ada apa-apa nanti dia jerit je. Kak Mira pun tak jadi lah nak teman.

Maka berjalan lah Kak Fira seorang diri ke tandas yang terletak di luar rumah tu. Suasana gelap, lampu pun tak ada. Kak Fira hanya bawak sebiji lampu suluh yang hidup segan mati tak mahu. Tapi sekurang-kurangnya ada jugak lah kan cahaya walaupun malap.

Masa Kak Fira tengah melepaskan hajat dia tu, tiba-tiba dia terdengar bunyi semak sebelah tandas tu bergerak. Dari bunyi tu macam ada orang yang lalu. Dia dah mula tak sedap hati lah. Tak lama lepas tu, Kak fira kata dia rasa macam ada mata tengah menghendap dia dari celah dinding papan yang berlubang tu.

Disebabkan risau, Kak Fira pun suluh. Lepas tu dia kata mata tu menghilang. Kak Fira bertambah tak sedap hati lah. Dia kata dia bukan takutkan hantu sebenarnya, tapi dia risau ada orang yang menghendap. Kalau orang tu ada niat jahat, lagi lah dia risau. Dah lah dia tu perempuan.

Kak Fira pun apa lagi, cepat-cepat dia buang air besar apa semua lepas tu terus keluar dan menuju ke rumah tu balik. Sebelum tu dia sempat jugak lah suluh ke kiri dan kanan kawasan semak tu, tapi tak nampak apa-apa. Dia pun terus masuk dan menuju ke bahagian ruang tamu yang dah siap dah tilam apa semua dibentangkan.

Disebabkan Kak Mira masih bergayut dengan tunang dia, jadi Kak Fira pun tidur lah dulu. Jam pun dah menunjukkan pukul berapa dah, nanti kalau lewat-lewat sangat tidur, mahu esok tenghari baru bangun. Dah lah tidur rumah orang, buruk betul perangai tu.

Tak lama lepas Kak Fira tidur, Kak Mira pun turut sama tidur. Lampu dekat ruang tamu tu dipadam, tapi lampi dekat bahagian tengah rumah tu masih dibukak. Jadi tak ada lah gelap sangat dorang tisur dekat situ.

Dalam pukul 3 pagi macam tu, tiba-tiba Kak Fira terjaga dari lena  dia. Dia kata macam ada benda yang kejut dia, main usik ibu jari kaki dia. Tapi bila dia bukak mata, dia kata dia tak nampak apa pun. Dia pun tidur lah balik. Dan tak lama lepas tu, ibu jari kaki dia kena usik lagi. Kak Fira geram lah. Dia bangun dan terus duduk untuk tengok sekitar ruang tamu rumah tu.

Punya lah Kak Fira terkejut masa tu, dia kata dekat salah satu penjuru rumah tu ada satu susuk basan yang sedang berdiri tegak tengok ke arah dia. Kak Fira amati betul-betul dan baru kak Fira perasan yang benda tu ialah POCONG. Fuhhhh terus menggigil satu badan Kak Fira masa tu.

Kak Fira terus je baring balik dan pejamkan mata dia. Dia tahu pocong tu masih tengok dekat dia, tapi dia cuba buat tak tahu je. Lama jugak lah Kak Fira cuba untuk tidur, tapi gagal. Dan disebabkan perasaan ingin tahu tu membuak-buak, Kak Fira pun bukak mata dia lagi sekali dan tengok balik ke arah penjuru tu.

Alhamdulillah, pocong tu dah tak ada dekat situ dah. Kak Fira pun letak balik kepala dia dekat bantal dan cuba bertenang. Entah kenapa, Kak Fira rasa nak toleh ke arah kiri dia pulak. Haaaa amik! Bila dia tengok je ke arah kiri dia, Pocong tu dah tertenggek dah betul-betul dekat sebelah tiang dekat sebelah kiri dia tu. Fuhhhhhh. Terdiam terus Kak Fira masa tu.

Kak Fira cuma cakap yang dia tak kacau pocong tu, jadi jangan lah kacau dia nak tidur. Dari mana pun posong tu datang, balik lah semula ke tempat asal dia. Tak lama lepas tu, pocong tu pun hilang. Kak Fira pun rasa lega dan dia boleh tidur macam biasa.

Pagi tu baru lah Kak Fira dapat tahu yang pocong tu bukan datang mengacau. Pocong tu Ayah Kak Mira yang bela untuk tengok-tengok kan kebun dekat sekitar kawasan rumah tu. Dan pocong tu jugak akan jaga rumah Kak Mira tu sekali. Mungkin sebab dia tak pernah nampak Kak Fira sebelum ni, itu yang dia datang 'melawat' tu.

Dan Kak Mira tahu yang Ayah dia ada letak 'penjaga' dekat kebun dia tu, cuma dia tak tahu lah apa. Huhuhu. Nasib baik lah Kak Mira tak tahu, kalau tak dengan Kak Mira sekali takut.

Dan dari situ lah baru kami ni tahu yang Kak Fira ni ada deria ke-6. Dia kata dia memang boleh nampak saka apa ni semua, cuma tak selalu. Dan disebabkan dia dah banyak kali nampak makluk halus ni semua, itu yang dia jadi berani tu. Dia kata mula-mula memang lah takut, sampai demam teruk. Tapi disebabkan dah ada anugerah tu, jadi dia redha je lah.

Lama-lama dah terbiasa cuma itulah, dia akan terkejut lah bila tiba-tiba muncul depan mata dia. Macam kes pocong tu, dia tak ada lah takut pun, cuma terkejut sebab tiba-tiba muncul sebelah dia.

Kalau korang tiba-tiba pocong muncul dekat sebelah saat ni, korang terkejut ke korang takut agak agaknya? Hahahaha.

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now