#47: Hisap Rokok

3.6K 223 92
                                    

Amir dah lama dah sebenarnya hisap rokok, tapi dia pandai rahsiakan benda tu dari pengetahuan keluarga dia. Kalau dekat luar, Amir boleh lah hisap rokok dengan selamba, tapi kalau dekat rumah dia kena pandai berjaga-jaga.

Ada satu malam tu Amir hisap rokok dekat dapur rumah dia. Nak keluar rumah dah gelap sangat, jadi dia pun hisap lah dekat dalam rumah dia tu. Ahli keluarga dia semua dah tidur dah masa tu, tinggal dia sorang je yang berjaga. 

Disebabkan tak nak bau asap rokok tu kekal dalam rumah, dia pun buka lah sikit tingkap dapur rumah dia tu. Jadi asap akan keluar dari celah tingkap tu. Amir pun mula bakar and sedut rokok dia tu puas-puas. Berkepul-kepul asap yang keluar dari mulut dia, habis dia hembus semuanya.

Entah macam mana, Amir boleh tak perasan yang Mak dia tengah tercegat betul-betul dekat pintu dapur tu. Amir pun apa lagi, tersedak lah dengan asap rokok yang ada dalam mulut dia tu. 

Amir terdiam tengok Mak dia terkaku dekat situ. Dalam otak Amir masa tu, tengah ligat fikir nak bagi alasan apa supaya Mak dia tak marah. Then Amir toleh dekat Mak dia. Mak Amir yang masih kaku tu, tiba-tiba angkat tangan dia tinggi then tunjuk dekat atas kepala Amir. 

Amir pun pelik lah kan, jadi dia pun tengok.

Patut Mak dia terkaku dekat situ, rupanya dekat luar tingkap rumah dia tu ada satu lembaga warna hitam, tinggi melampai tengah cuba sedut asap rokok yang Amir hembus tadi tu. Muka dia betul-betul hodoh, hidung dia besar and ada lidah yang sangat panjang yang terjelir masuk ke dalam rumah dia. 

Amir terus pengsan dekat situ. Mak dia pun sama. 

Dan sejak kejadian tu, Amir dah tak hisap rokok dah. 

Dia hisap vape pulak lol 

.

.

.

.

Nota Kaki:

Siapa pasang ubat nyamuk dekat rumah sila angkat tangan!! Korang rasa asap ubat nyamuk tu jin suka makan jugak tak? Hahahahaha *ketawa jahat*

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now