#74: Perkhemahan Sekolah (Bahagian 2)

2.5K 164 149
                                    

Assalamualaikum semua

Ingat lagi tak aku pernah cerita tentang kisah aku menyertai kem perkhemahan dekat sekolah. Dan aku dah janji kan yang aku nak cerita lagi another stories yang aku alami masa aku join perkhemahan ni. So here we are (baca: Nah amik kau)

Masa sekolah rendah, aku tak banyak join aktiviti perkhemahan pun. Adalah dalam 2 or 3 je. Tapi masa sekolah menengah, hampir setiap tahun aku akan join aktivi perkhemahan ni. Ada je program perkhemahan yang dianjurkan, and ada je nama aku dalam senarai pelajar yang terlibat. Hampeh betul. 

Sejujurnya aku tak berapa minat sangat dengan perkhemahan ni, maksud aku bukan aktiviti dia, tapi istilah perkhemahan tu sendiri. Yelah, bila dah namanya perkhemahan, maka kau akan tidur dalam khemah. Itu yang aku benci tu. Tak selesa, sempit, panas dan lain-lain lagi sebab yang malas aku nak cerita.

Tapi bila dah nama kau naik, maka nak tak nak, suka ke tak kau kena lah jugak kan join aktiviti tu. Sigh (baca: kau hembus nafas malas keluar dari hidung kau)

Aku dah lupa aku pernah cerita ke tak, tapi dulu antara aktiviti wajib setiap kali aku join perkhemahan ni ialah aktiviti burung hantu. Aktiviti burung hantu ni dengar macam best kan, tapi hakikatnya takut lah lahabau. Silap hari bulan kalau kau jenis yang penakut yang amat, boleh terkencin dalam seluar kau tau. Hahaha.

Syarat aktiviti ni senang je, sepanjang dalam hutan tu kau tak boleh nak gelarkan diri kau dengan nama kau sendiri. Even kawan kau pun, kau tak boleh nak panggil dia dengan nama dia. Kau kena set lah awal-awal, nak panggil dia kunyit ke, nak panggil dia terlajak laris ke, or kalau kau advance panggil lah dia Cik Pon. Hahaha ok gurau. Dan syarat kedua yang paling penting sebenarnya, masa dalam hutan tu mulut kena jaga.

Yup, kalau kau jenis yang mulut celupar sila sumbat mulut tu dengan selipar sebelum kau dengan selipar-selipar kau tu hilang dalam hutan tu haha.

Jadi kisah seram yang aku alami masa join aktivit ni ialah pertama, masa mula-mula aktiviti ni bermula biasanya kau akan disuruh berjalan seorang diri dari point A sampai lah ke point B. Sepanjang perjalanan tu kau tak akan ditemani oleh sesiapa. I mean manusia lah, sebab for sure ada hantu yang teman kau masa tu lol 😂😂👻😈😈

 Jadi masa tu kalau kau jenis yang penakut yang amat, dekat sini lah cabaran pertama kau ye. Dalam gelap tu kau akan terbayang kan macam-macam. Ada itu lah, ada ini lah. Tapi kalau kau nak elakkan rasa takut tu, kau boleh bayangkan lah oppa-oppa EXO kau tu ada dekat belakang korang, jadi kurang lah sikit takut nya kan lol.

Pengalaman aku lah masa aku tengah berjalan dari point A ke point B, aku ingat lagi tiba-tiba aku ada nampak macam satu pondok kecik dekat sebelah kanan aku. Aku mula-mula tak pelik sebab kawasan kem tu ada dekat dalam jabatan pertanian. Jadi keliling aku tu ada pokok koko kalau aku tak silap. Bila ada ladang, maka mestilah ada pondok kan. Ye lah untuk pekerja berehat ke, simpan barang-barang ke. Tapi yang buat aku rasa nak terkencing tu bila mana aku nampak wey ada orang dekat sebelah pondok tu. Aku terus terdiam and jalan laju-laju.

Punyalah aku jalan laju masa tu sampai aku terjumpa dengan kawan aku yang jalan dulu sebelum aku. Aku mula-mula risau jugak nak tegur sebab risau tu bukan dia, tapi bila tengok dia jalan tengok kiri kanan sambil menggigil-gigil aku yakin tu dia. Penakut, itu pun takut lol 😂😂

Bila je aku sampai point B tu, aku terus tanya abang fesi. "Bang dekat pondok tepi tu ada abang Fesi jaga ke?" Abang tu dengan selamba badak boleh cakap, "Kitorang kena  jaga korang, bukan jaga buah koko tu. Mana ada orang jaga dekat situ." Aku pun gulp, telan air liur basi aku tu. Hampeh punya abang fesi, bohong je lah cakap ada orang jaga, tak ada lah aku takut sampai sekarang ni hahaha.

Tapi alhamdulillah, aku cuma anggap dia penjaga dekat situ. Dia pun tak kacau aku kan malam tu, so ok lah. 

Tapi kisah ni tak habis dekat sini tau. Lepas kitorang dah jalan ke point B tu, kitorang kena redah beberapa obstacle yang dah disediakan sebelum ke point C. Masa tu ada kena seberang sungai lah, kena masuk lumpur lah, macam-macam kitorang kena buat. Lepas dah selesai lalui semua tu, inilah kemuncaknya.

Setiap peserta akan diletakkan di satu tempat, seorang diri dan diikat matanya. Jarak antara setiap peserta agak jauh jugak lah, tapi kadang-kadang tu kau boleh terdengar bunyi tapak kaki, bunyi abang-abang fesi tu berbual. Ikut nasib kau lah masa tu hahaha. And dekat sini lah syarat-syarat yang aku cakapkan tadi tu perlu dipraktikkan. Tolong jaga mulut kau and jangan nak busy body berbual dengan orang sebelah kau.

Sebab kalau kau sibuk berbual, kau akan jadi macam kawan aku. Kawan aku ni dia bosan. Ialah, kita akan diletakkan dekat satu tempat tu sambil kita menunggu peserta-peserta lain habiskan obstacle and dorang semua pun dah ada dekat tempat masing-masing. Kalau kau mula awal, maka berjanggut lah kau kena tunggu semua peserta habis wei. Dan disebabkan itu lah yang terjadi dekat kawan aku, maka dia pun bosan menunggu.

Masa dia tengah duduk dekat satu tempat ni, dia dengar macam ada orang dekat sebelah dia. Tak ada lah betul-betul sebelah tapi agak boleh dengar lah dia bergerak, dia tepuk-tepuk tangan dia halau nyamuk apa semua. Jadi dia pun ajak lah budak tu berborak dengan dia. Disebabkan kitorang tak boleh nak panggil nama, jadi dorang just berbual benda yang random lah. Kawan aku kata, budak tu ada jugak tanya nama dia beberapa kali tapi bagusnya member aku ni dia tak jawab pun soalan tu.

"Nama kau siapa?"

"Kunyit."

"Serious lah."

"Serious lah ni. Haha."

The best part ialah tak lama lepas tu, dia dengar ada bunyi tapak kaki datang dekat dia. Mati-mati dia ingat budak tu yang datang. Iyelah, berbual depan-depan lagi seronok kan. Orang tu pegang bahu dia and terus bukak kain penutup mata dia tu.

"Haaa dekat sini pun kau. Kenapa duduk jauh sangat dari kawan-kawan? Dah jom berkumpul."

Kawan aku ni pun pelik lah. Kenapa abang fesi cakap macam tu kan. Rupanya bila dia tanya dengan abang fesi tu, abang fesi tu cakap semua orang dah berkumpul dekat kawasan padang. Cuma dia sorang je yang tak ada. And kawasan yang dia duduk tadi tu tak ada siapa pun dekat sana, and sepatutnya tak ada sesiapa pun yang duduk dekat sana. Tu yang abang fesi tu pelik kenapa dia boleh ada dekat sana. Tapi sebab dah jumpa, dorang tak kecohkan pun pasal benda ni.

Cuma tu lah, kawan aku pelik. Kalau dia sorang yang ada dekat sana tadi, jadi dia berbual dengan siapa tadi? Kalau aku jadi dia aku tak pelik dah, aku terus pengsan dekat situ jugak. Iyelah, dah conform-conform lah "budak" tadi tu bukan manusia kan, buat apa lah nak difikirkan lagi.

Jadi moral of story, hantu syaitan ni boleh menyerupai sesiapa pun. Yang sebelah kau tu pun belum tentu manusia ori tau. Cuba check sikit hahahahaa.

.

.

.

.

Nota kaki:

Disebabkan aku tak puas hati dengan pondok tu, esok pagi sebelum berangkat balik aku check lagi sekali kawasan tu. Kebetulan tak berapa jauh dari tapak perkhemahan aku. Masa aku lalu situ jantung aku terus berdegup laju. Bukan sebab takut tapi sebab stress. Rupanya bayang malam tadi yang aku nampak tu bukan hantu, tapi ada patung orang dekat situ. Hampeh betul jabatan pertanian ni. Buat lah orang-orang dekat tengah ladang. Buat dekat sebelah pondok apahal? Habis kena maki dengan aku masa tu hahahaha sorry ye jabatan pertanian 😂😂😂😂


Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now