Pernah dengar bunyi bayi menangis? Mesti pernah dengar kan. Tapi pernah ke dengar suara bayi menangis pukul 2 pagi dekat dalam bilik korang? Yang lagi bestnya, rumah korang tu tak ada bayi pun.
Orang kata kalau kita dengar suara bayi ni, biasanya hantu pontianak yang datang. Iyelah, hantu mana lagi yang banyak dikaitkan dengan bayi selain pontianak kan.
Selain suara bayi, katanya kehadiran pontianak ni boleh dirasai melalui bau wangi yang tiba-tiba je menjengah batang hidung korang tu. Bau wangi bunga ni memang menenangkan, tapi kalau dah muncul pukul 12 tengah malam sila-sila lah bawak mengucap ye. Hahaha.
Sebab nenek aku sendiri pernah alami benda ni. Katanya ada satu malam tu dia tengah nyenyak tidur. Lepas tu dia terjaga sebab ada dengar suara bayi menangis. Disebabkan dia risau cucu dia yang menangis, dia pun bangun dan cari cucu dia yang masa tu tidur dekat bilik lain.
Tup tap tup tap, dia tengok cucu dia elok je tengah tidur. Dia pun balik semula ke bilik dia. Otw tu, tiba-tiba dia ada bau wangi dari ruang tamu rumah dia. Tapi disebabkan dia dah dapat rasa kehadiran benda tu, nenek aku jalan je macam biasa. Tak tegur tak toleh mana-mana.
Tapi dalam tak menoleh tu, dia ada lah menjeling ke arah ruang tamu tu. Tak nampak sangat lah, tapi dia kata dia ada nampak perempuan rambut panjang tengah dokong budak sambil berdiri dekat ruang tamu tu. Haaa sudah.
Selamat nenek aku ni jiwa kental. Dia buat tak tahu je and terus masuk bilik. Kalau aku lah, dah tentu- tentu pengsan dekat situ jugak. Huaaaa.
Jadi lepas ni kalau ada dengar suara bayi menangis malam malam, tak pun ada bau wangi dalam bilik korang tu tiba-tiba, maka berjaga-jaga lah ye korang semua. Iyelah, aku bukan apa, risau korang tu tak percaya padahal tersengih je benda tu tengok korang semua. Hahaha.
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...