Kehadapan Crush 💖,
Pertama sekali saya nak mintak maaf kalau selama ni saya suka dekat awak secara senyap-senyap. Saya perhatikan awak dari jauh, saya curi-curi tengok awak tanpa awak sedar. Tapi awak jangan risau, saya bukan nak ambil kesempatan ataupun buat benda jahat pada awak. Saya cuma rasa seronok bila tengok awak gembira, bila tengok awak punya senyuman yang manis tu 🙊.
Kawan saya cakap saya ni penakut, nak luah pada awak depan-depan pun malu. Huhu. Saya bukan penakut, tapi sebenarnya saya malu nak jumpa dengan awak depan-depan sebab saya risau awak tak nak kawan dengan saya. Yelah, awak lah gadis paling cantik dekat taman kita ni. Tak ada lagi sesiapa dapat lawan kecantikan awak tu tau hihi 😘.
Bercakap tentang taman, saya selalu perasan awak bila time awak balik sekolah. Setiap hari pukul 6.50 petang, saya akan pastikan saya akan tunggu awak dekat depan tingkap rumah saya, perhatikan awak balik jalan kaki. Pernah sekali tu awak pandang rumah saya, tak tahu lah awak perasan saya ke atau tak masa tu sebab awak terus jalan laju 😔.
Saya nak sangat temankan awak balik, jalan dengan awak. Tapi selama ni saya hanya mampu teman awak dari jauh je. Awak jalan dekat depan, saya jalan sembunyi-sembunyi dekat belakang. Bagusnya, awak tak perasan. Sebab awak tak pernah pun pandang belakang. Tapi saya tak kisah, sebab asalkan dapat teman awak dari jauh pun dah cukup untuk saya.
Ohh ye, malam semalam saya ada lalu depan rumah awak (bukan malam semalam je sebenarnya, tapi setiap hari hihi), saya nampak lampu bilik awak masih menyala. Biasanya awak tidur awal, tapi kenapa sejak kebelakangan ni awak tidur lambat? Mesti banyak kerja sekolah kan, ke awak baca cerita dekat wattpad? Tak apa, saya faham. Saya pun masa sekolah dulu macam tu jugak. Hihi.
Apa pun, saya harap awak dalam keadaan okay sebab saya nak tengok senyuman awak tu setiap hari. Tapi kalau awak ada masalah, awak bagitau lah. Mana tahu saya boleh tolong.
Dan saya harap awak terima saya sebagai kawan awak. Sebab saya tahu awak baik, awak tak macam budak-budak lain. Budak-budak lain tak pernah nak kawan dengan saya. Huhu. Haaaa sebelum saya terlupa, awak mesti tertanya-tanya kan siapa saya? Kalau awak betul ikhlas nak kawan, esok lepas balik sekolah saya akan tegur awak ye. Saya betul-betul harap lepas awak jumpa saya esok, awak sudi lah kawan dengan saya.
Ni saya bagi klu sikit siapa saya, jadi esok kalau jumpa tak ada lah awak tak kenal saya.
Ok ke tak? Kalau awak masih sudi jangan tutup lampu sampai pukul 1 am malam ni. Nanti saya datang tengok rumah awak. Tapi kalau awak tak sudi, tak apa. Awak tidurlah. Tapi saya akan still datang rumah awak untuk tengok awak tau hihi. Terima kasih awak
.
.
.
.
Nota kaki: Siapa nak kawan dengan dia? Jangan malu-malu, nanti dia boleh teman kan ahaks
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...