#30: Kerja Kahwin, Bahagian 1

4K 299 26
                                    

Assalamualaikum wbt

Memandangkan sekarang ni tengah musim cuti persekolahan, maka akan ramailah pasangan-pasangan bercinta yang akan menamatkan zaman bujang masing-masing.

Disebalik kemanisan dalam mendirikan rumah tangga, percayalah bahawa banyak sebenarnya cerita-cerita mistik yang berlaku sebelum atau semasa malah selepas perkahwinan itu selamat didirikan.

Untuk kali ni, aku nak cerita dulu tentang kisah yang keluarga aku sendiri alami sebelum majlis perkahwinan pak cik aku yang bongsu tu nak dijalankan. Kisah ni terjadi dalam 10 tahun yang lepas lah, tapi jujur aku kata kejadian tu masih lagi segar dalam ingatan aku.

Seperti yang korang semua sedia maklum, keluarga aku ni memang tak lari dari diganggu oleh makhluk-makhluk halus tak kira lah sama ada secara tak sengaja atau pun sengaja dihantar oleh mereka-mereka yang dengki dengan keluarga kitorang ni.

Jujur kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa dorang ni nak cemburu sangat dengan keluarga kitorang ni sebab kitorang bukan ada apa pun. Nak kata berharta, orang lain lagi kaya. Nak kata senang, alhamdulillah lah cukup makan apa semua. Senang kata kitorang sekeluarga ni dari atok aku sampailah ke kitorang cucu-cucu ni biasa-biasa je.

Dan berbalik pada cerita pak cik aku ni, dia anak bongsu kepada atok dan nenek aku. Dan entah kenapa, memang atok dan nenek aku bukan main risau lagi bila nak buat majlis perkahwinan pak cik aku ni. Dorang bukan lah risau pasal pak cik aku ni nak kahwin lari ke apa ke, tapi apa yang merisaukan dorang ialah akan ada orang yang dengki bila kitorang nak buat majlis ni.

Sebab dari apa yang atok dan nenek aku punya pengalaman, setiap kali buat majlis perkahwinan je dekat rumah kitorang ni, ada je masalah yang akan timbul. Dan yang paling menakutkan ialah akan ada ahli keluarga kitorang yang akan meracau dan dirasuk bila majlis tu berlangsung huhu.

Disebabkan pengalaman dah banyak mengajar kitorang sekeluarga, maka masa pak cik aku punya majlis dah nak dekat, setiap hari kami sekeluarga akan solat hajat berjemaah mohon agar tak ada gangguan ataupun masalah-masalah yang akan berlaku sebelum, semasa dan selepas majlis diadakan. Memang atok aku dah pesan, doa banyak-banyak, mintak Allah permudahkab segalanya sebab macam mana sekalipun, Allah jugak lah yang akan menentukan segalanya.

Sebulan sebelum majlis perkahwinan tu diadakan, mak cik aku yang ada abanh angkat bunian dapat satu mimpi dari abang dia. Kisah abang angkat bunian ni akan aku cerita pada bab yang seterusnya lah ye. Dalam mimpi tu, abang angkat kepada mak cik aku ni beri amaran yang akan ada masalah yang berlaku semasa majlis nanti. Itu menambahkan lagi kebimbangan kitorang sekeluarga lah.

Solat hajat terus dilakukan, bacaan yasin, alunan ayat-ayat al-Quran terus dialunkan sehinggalah tibanya majlis perkahwinan tu.

Hari bahagia pak cik aku dah tiba, tapi bagi kani sekeluarga di sebalik kegembiraan tu terselitlah sedikit kebimbangan. Mana tidaknya, kami sekeluarga tak tahu apa yang akan berlaku sepanjang majlis ni akan diadakan. Pagi tu semuanya berjalan lancar, alhamdulillah.

Tapi bila nak masuk pukul 1 tu, mak cik aku yang sorang ni dah mula rasa lain macam. Dalam ramai-ramai antara adik beradik, dia mula pitam, rasa mual-mual. Atok aku memang dah sediakan air yasin dah, persedian kalau-kalau ada benda yang tak baik berlaku. Nah betul! Mak cik aku mula tak rasa sedap hati. Lepas minum air yasin tu pun, dia masih tak rasa lega lagi, padahal pengantin dah nak samai dah masa tu.

Kitorang mula lah menggelabah, tapi tak tunjuk sangat lah depan tetamu, tak nak lah dorang rasa takut kan.

Terkenangkan kejadian sebelum ni, maka atok aku buat keputusan untuk bawak mak cik aku ni ke rumah jiran kitorang and suruh dia berehat dekat sana. Sebab sebelum ni, masa majlis yang lepas, habis mak cik aku ni kena rasuk masa pengantin dah sampai. Habis kecoh lah satu rumah tu bila ada orang kena rasuk. Jadi tak nak kejadian sama berulang, mak cik aku tu dibawa ke rumah jiran kitorang.

Apa yang kitorang takutkan mmang betul-betul terjadi. Mak cik aku tu mula meracau masa pengantin nak sampai ke rumah. Tapi selamatlah sebab masa tu mak cik aku tu dah dibawa ke rumah jiran kitorang. Meracau macam mana pun, tak ada tetamu yang perasan. Masa tu memang agak kecoh lah sebab masa dia meracau tu, dia asyik nak lari ke rumah kitorng je. Menjerit-jerit sambil menyumpah nama keluarga kitorang, memang benci betul orang tu pada kani sekeluarga. Masa tu selamatlah ada ustaz yang jaga dia, jadi keadaan masih boleh dikawal lah.

Dan tak lama lepas pak cik aku bersanding, mak cik aku tu pun pulih. Kiranya yang merasuk mak cik aku tu cuma nak timbulkan kekacauan agar majlis kitorang tu tak berjalan dengan lancar. Motif sangat kan!

Dan alhamdulillah jugak lah yang lain-lain dalam keluarga kitorang tak apa-apa. Cuma setakt ada rasa tak sedap hati dan rasa macam diganggu sikit-sikit je lah. Bila dah minum air yasin tu, rasa lega lah.

Walaupun tak ada lah seram mana kisah kali ni, tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah sikap manusia yang sellu dengki dengan kesenangan orang lain. Kisah aku ni kira okay lagi lah jika nak dibandingkan dengan kisah orang lain yang jauh lagi teruk kena, sampaikan ada tu satu keluarga sekli kena rasuk masa majlis tengah diadakan. Lagi kesian huhu.

Apa-apa pun, aku harp kisah kali ni dapatlah beri kita semua pengajaran. Buanglah jauh-jauh sikap dengki tu, tak bawak ke mana pun sikap buruk tu. Cuba bayangkan kalau apa yang kita buat dekat orang lain tu terjadi dekat keluarga kita sendiri, mesti kita pun marah kan? Jadi sebelum bertindak tu maka fikir-fikirkan lah ye akibat dan kesan atas perbuatan kita tu.

Ok lah, aku nak tido dulu. Esok sepupu aku kahwin, jadi kena ada tenaga yang banyak untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Korang pun jangan tidur lewat-lewat, hantu suka kacau orang yang tido lewat ni hihi 🙊 kbai

P/s: Doakan agar majlis esok berjalan lancar ye

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now