cerita kita sudah selesai,
lengkap bersama kenangannya.
izinkan aku pulang,
kerana kamu harus tetap berjalan,
tak baik jika terlalu banyak berhenti,
maaf kerana selama ini sudah membuat hatimu penat,
dan tak mengapa, biarkan segala luka ini aku yang bawa,
semoga nanti kamu jauh lebih bahagia setelah aku tiada.
aku pergi ya...
tampaknya aku sudah salah memperjuangkan seseorang,
kalau kamu lebih selesa dengan orang lain...
mungkin itu salahku kerana tak bisa memberimu rasa nyaman yang tepat.
tak mengapa jika kamu berkeras untuk memilih dia,
kerana aku tak bisa salahkan kamu sepenuhnya,
aku sedar yang aku bukannya perempuan baik dan bukan yang terbaik,
tapi aku juga tahu,
bahawa kamu juga bukan yang terbaik untukku.
mulai sekarang kita harus pilih jalan masing-masing,
aku tak bisa menemani setiap langkahmu lagi,
kamu hati-hati dijalan,
jangan cerita pada semua orang kalau ini salahmu,
biarkan aku saja yang terlihat buruk,
kamunya jangan,
kerana kamu layak bertemu orang yang terbaik berbanding aku,
walaupun sebenarnya kamu yang telah membuat semua luka ini,
tapi jangan pernah mengaku yang ini salahmu,
—ini salah kita
kita yang sudah main-main dengan waktu,
dan akhirnya, aku yang harus jatuh.
kamu pulang ya...
sama-sama kita cuba untuk mulai hari tanpa ucapan selamat pagi.
nanti,
saat kamu sudah bahagia dengan orang lain,
jangan lupakan aku ya?
soalnya dulu aku yang pernah begitu bahagia kerana bisa mengenalmu,
terima kasih kerana sudah hadir dibumi,
dan maaf kerana pernah membuat hatimu lelah sekali lagi.
kita memang tak bisa diramal,
tapi kita sedar bahawa setiap temu akan berakhir dengan pisah,
jujurnya aku sudah tahu pengakhiran cerita kita bagaimana,
tapi aku tak tahu kita akan berpisah dengan cara apa,
entah kerana waktu, keadaan atau kerana Tuhan.
aku tahu bahawa kita tak akan abadi,
kita pasti akan berpisah,
semua orang juga akan berpisah,
kita hanya perlu sedia dengan segala kemungkinan terburuk yang akan datang.
tapi satu hal yang kamu perlu tahu,
aku ini susah lupa,
jadi maaf kalau nanti aku sering rindu,
rindu pada bukan semestinya lagi,
aku cuma mahu kamu tahu saja...
untuk melupakan tak seharusnya membenci, bukan?
tak mengapa jika kamu menggantikan posisiku dengan orang lain,
tapi maaf,
kalau namamu susah hilang dari ingatan.
pergi ya...
—kita sudah selesai.
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Poetryperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...