sudah sekian lama aku dipeluk patah,
tapi masih mampu melangkah dengan gagah,
walau, kadang aku ingin berserah & menyerah,
dan aku tak tahu,
aku atau dunia ini yang salah.
dalam kekeliruan yang mendalam,
aku masih betah menapakkan segala langkah-langkah layu;
kerana aku ini perempuan,
dan perempuan hebat sembunyikan perasaan.
dan aku harus tetap hidup,
walau duniaku makin meredup.
tibalah waktu,
takdir menemukan kamu & aku,
dan hukum gravitasi hatiku telah membawa kujatuh padamu,
ya, sedalam itu aku mencintaimu
sedalam itu juga aku mensyukuri dirimu,
kerana setiap pelukmu yang hangat,
telah mampu membawa perempuan gagah ini merebah,
dan selalu membuat perempuan ini mencintai patah.
hadirmu di hatiku mungkin bukan kebetulan,
mungkin ini semua rencananya Tuhan,
perempuan yang dulu perkasa atas setiap jejak,
kini dihatimu perempuan ini mahu bertapak,
bertapak, mengakui segala lelah dan ingin dipeluk olehmu
hingga tulang-tulang rusuk ini patah.
patah & berserakan.
sungguh, di bahumu aku mahu merebah.
dan dirimu adalah tempat kembali,
selepas dunia ghairah menghidangkan resah.
ya, denganmu,
aku belajar menjadi seorang perempuan,
kerana perempuan itu kaya dengan emosi,
perempuan itu punya hati yang lembut,
perempuan juga kaya dengan air mata,
dan aku sering terlupa itu,
kerana bertahun aku memaksa diri untuk menjadi kuat,
belajar untuk tidak bergantung pada sesiapa,
belajar untuk menangguh segala air mata,
hingga aku terlupa bahawa diriku ini sebenarnya siapa,
seorang lelaki atau seorang wanita.
terima kasih,
denganmu aku belajar menjadi seorang perempuan,
walau hanya sekadar satu malam,
dan kini sosokmu sudah tiada lagi,
bayangmu juga sudah tidak kelihatan,
kembalilah aku menjadi seperti dahulu,
terjerumus dalam kepura-puraan,
walau hati sedang menanggung 1001 penderitaan.
terima kasih ya,
kerana telah mengingatkan aku,
yang aku ini perempuan.
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Şiirperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...