Sehancur Itu Aku Pernah

39 2 0
                                    

aku pernah hancur kerana terlalu percaya,

pernah juga patah kerana memilih orang yang salah,

aku pernah lemas sedalam-dalamnya di hati seseorang yang kuselami dengan niat untuk bisa mengerti,

aku pernah berputus asa dalam berjuang untuk hati yang memperjuangkan orang lain,

aku pernah berkecai, tercerai-berai tika kasihku tak sampai,

aku pernah tertusuk oleh pecahan hatiku sendiri ketika sedang berusaha menyusun,

lalu kau datang lagi.

aku pernah terjatuh dua kali kerana kelekaan memberikan kesempatan,

aku pernah ditinggalkan kerana menunggu,

aku juga pernah dihakimi kerana melindungi,

aku pernah ditinggal pergi kerana tak cukup memberi,

aku pernah ditikam kerana terlalu jujur pada hati sendiri,

aku pernah disalahkan kerana berbicara yang sebenarnya,

aku pernah disuruh menunggu ketika ia sedang menunggu orang lain.

aku pernah seperti itu,

sehancur itu aku pernah berjuang,

walau berkali-kali bangkit hanya untuk kembali dihancurkan.


aku hanya ingin kau tahu,

bahawa aku pernah sehancur itu.

jika kau yang kupilih sekarang hendak menghancurkanku,

tak mengapa,

aku rela,

sudah sepenuh hati aku sedia.


hatiku memilihmu,

mahu kau genggam kuat hingga tercerai-berai

atau kau bisa simpan sebagai kenang-kenangan;

aku tak peduli.


namun,

selama kau masih bersamaku,

mahukah kau berada disampingku lebih lama?

seperti yang kau tahu,

sehancur-hancurnya hatiku, kehadiranmu selalu bisa menyembuhkanku.

Tuhan Sebut Sia-SiaWhere stories live. Discover now