kita tidak benar-benar saling mengenali
aku tidak mengenal kamu siapa
dan kamu juga tidak benar-benar tahu aku bagaimana
kita hanya sebatas tahu nama,
hanya sesekali berdialog ringan
dan sesekali berbalas senyuman
namun, dulu aku pernah percaya
— kamu berbeza dari yang lainnya
aku pernah berfikir bahawa kamu satu-satunya
hingga tiba hari di mana Tuhan tunjukkan,
bahawa kamu sama saja
dengan manusia kebanyakannya
setelah benar-benar saling mengenali
aku baru percaya bahawa kecewa bisa datang dari mana saja.
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Poetryperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...