kapal kau hampir tenggelam,
dan kapalku sudah berlayar,
selepas sekian lama kita berehat di terminal,
berkongsi atas segala perjalanan di lautan samudra rasa,
berkongsi hari malah berkongsi tawa
pun kita pernah berkongsi tangis bersama
tapi kita terlupa,
bahawa kita berada di terminal;
tempat dimana segala kapal cuma singgah
dan bukan untuk sungguh.
aku pergi dulu,
kali ini aku ingin benar-benar jauh darimu,
ingin melintasi benua-benua asing,
inginku rasa udara lautan lain,
maaf, kalini kita terpaksa mengikut haluan masing-masing,
kerana kapal kau hampir tenggelam;
dan kau tak tahu bagaimana untuk selamatkannya.
maaf,
mungkin bagimu aku ini perempuan jahat,
kerana meninggalkanmu saat kamu memerlukan bantuan,
saat kamu memerlukan insan untuk sama-sama berjuang,
maaf, awalnya itu memang niatku,
aku memang ingin berlayar bersamamu,
tapi kamu itu egois,
buta,
tak perikemanusiaan,
bagaimana aku ingin berlayar bersama orang sepertimu?
hati kau kujaga rapi,
sedang hatiku kau sering sakiti hingga jiwa ini perlahan mati.
maaf, aku memilih untuk selamatkan diriku sendiri,
dan aku memilih pergi.
aku pergi dulu,
kapal aku dah pun berlayar,
dan ku sedar bahawa semuanya tidak bermakna lagi,
kamu hati-hati dilautan ya...
aku pergi dulu,
semoga kita terus maju kehadapan,
dan tak lagi menoleh kearah terminal tadi.
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Poetryperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...