aku terperangkap di antara ruang-ruang rindu,
sekali lagi.
aku dengan diriku riang meraikan segala cinta yang tak berbalas,
malam tadi.
kamu dengan sesuka hatimu,
angkuh membawa dirimu jauh meninggalkanku,
aku yang tak berdaya untuk berbuat apa-apa,
terpaksa mengulum kepasrahan atas pergimu.
ya...
kembalilah aku terjebak dalam keliru,
bertanya di mana salahku
walau kutahu banyak dosaku terhadapmu.
perempuan,
izinkan sesuka hatiku untuk melepas rindu,
tak kira bagaimana caranya,
jadi izinkan aku,
kerana rindu ini menyeksaku sehingga aku lemah tak bernyali,
sukma yang sunyi perlu dirawat.
tadi,
rindu sekali lagi telah membawaku ke pekanmu,
petang hening meraikan kehadiranku,
dalam kerinduan yang mendalam,
namamu tak berhenti bermain di bibirku,
mataku tak berhenti mencarimu,
dan hatiku telah menemukanmu.
maaf,
mungkin kau akan berfikir bahawa aku ini gila,
bukan niatku untuk buat kau rasa tak selesa
tak lama sayang...
izinkan satu bulan lagi
untuk aku menikmati rindu ini
kerana selepas ini,
hadirku di pekanmu tak bertujuan lagi.
selepas ini,
sedalam mana rinduku terhadapmu,
aku takkan datang.
setinggi apa cintaku padamu,
aku takkan datang.
sesukar mana untukku lena kerana sering terkenangkanmu,
aku takkan datang.
sesakit-sakit apa pun aku,
aku takkan datang.
aku sedar yang semesta tak mengizinkan aku untuk bersamamu,
aku sedar yang tuhan itu punya rencana baik buatmu,
aku juga sedar,
sedalam apa cintaku, semesta tak mahu kita menyatu.
kerana itu,
izinkan aku untuk melepas rindu,
selagi tersisa waktu.
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Poésieperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...