aku benci malam,
malam-malamku tak seperti dahulu,
kerana setiap malamku adalah malam yang indah;
malam itu dingin & dimensi untuk berehat.
tapi tidak sekarang,
semuanya telah pun berubah,
malam seolah-olah semuanya tentang kau,
dan aku tak boleh halang
kerana lagi aku halang,
lagi kau datang.
rindu pembunuh malam,
orang lain sibuk dibuai mimpi,
aku masih berperang dengan hati,
padahal aku tahu & sedar,
yang bila siang,
kau sebenarnya dah hilang.
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Puisiperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...