Cemburu Dengan Senja

25 1 0
                                    

kau terlalu

mengagumi

langit

senja


yang

cantik menghiasi

seketika dihujung

sudut

cakerawala


dan

aku cemburu

kerana senja

tak henti-henti

mendapat pujian

darimu


kurang'kah aku, kekasih?


bukan dahulu

kau pernah bilang

bahawa

aku ialah

ciptaan Tuhan

yang paling cantik

yang paling indah

dan yang paling kau ingin?


aku cemburu


aku cemburu

dengan senja


kerana

aku hanya langit biru

yang tak henti

memperjuangkan cahaya

untukmu


aku mahu kau hidup

walau kau tuduhku meredup


kau ingin mati

tak akan pernah ku amini.

Tuhan Sebut Sia-SiaWhere stories live. Discover now