kota Bangi hari ini
tak lagi sama
mungkin tak akan pernah sama
jika dahulu aku tidak membuatnya kecewa
dan tak pernah membuatnya menyeka air mata
kala itu
ada sebuah pesan menyapa
tentang khabarmu menjelang hari bahagia
tanpa ada namaku yang disana
untuk menemani panjang harimu selamanya
menyakitkan...
ini terlalu getir
terlampau pahit untuk diterima
kini aku sedar
bahawa yang datang dan pergi
akan sentiasa membuatku untuk mengerti
bahawa kita perlu tersakiti untuk mengenal perih
dan kadang kita perlu tersakiti untuk menjadi manusia
dan akhirnya aku menyerah, jejaka-ku
maafkan aku yang pernah menyela dalam hidupmu
dan maaf jika dahulu,
aku tak pernah membuatmu begitu bahagia
akhirnya aku mengalah, kekasih-ku
biarkan aku sahaja yang menyala dalam api kecewa
meski aku harus melewati segala pedih
yang mungkin tiada akhirnya
kini
aku dengan segenap jiwaku telah merelakanmu dengannya
dan jejaka-ku, kekasihku
rayakanlah hari-hari terindahmu di sana;
bersamanya, selamanya.
kota Bangi hari ini
tak akan pernah lagi sama, bukan?
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Poetryperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...