ada sebuah lapangan
dalam kepalaku,
dan lapangan itu sebuk
denganmu,
kau yang sering
belegar-legar
di lapangan itu,
mundar-mandir tak
bertujuan,
dan kau ialah
penumpang yang
aku tidak mahu kau
berlepas.
aku berpura-pura
yang pesawatmu
ditangguhkan,
dan kau tetap
menunggu,
menunggu di
balai berlepas,
menanti destinasi
seterusnya,
tapi belum
benar-benar ingin pergi,
dan kau
hanya memegang
tiketmu,
hanya pegang.
jika aku
memberitahumu,
bahawa kau
masih ada
di ruang berlepas
dalam fikiranku,
adakah kau
akan memilih tinggal
atau
adakah kau
akan memilih pergi?
adakah kau
juga miliki
ruang berlepas dalam
kepalamu?
adakah aku
masih di sana?
atau
—adakah aku sudah hilang seperti angin?
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Puisiperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...