Waktu Yang Lalu

10 0 0
                                    

beberapa waktu yang lalu;

kita bertemu lagi

setelah bertahun semua tentangmu terkubur dalam-dalam

tiada lagi khabar tentangmu

tiada lagi bunyi petikan gitarmu

tiada lagi suaramu di telingaku

setelah semua jalan benar-benar tertutup rapat

setelah dimataku, kau tak lebih dari orang asing yang tak kukenal lagi

dan setelah hubungan itu berakhir kerana kau pergi

pergi tanpa meninggalkan sedikit pun khabar


beberapa waktu yang lalu;

kita bertemu lagi

aku fikir bahawa semuanya akan baik-baik saja

aku fikir aku telah ikhlaskan pemergianmu

tapi ternyata semua yang dulu dengan susah payah aku kuburkan

dalam-dalam di malam pemergianmu itu

tiba-tiba timbul kembali di permukaan


ternyata menatapmu membuatku kembali teringat segala hal yang buruk

yang telah kau lakukan padaku

tentang perjuangan sia-sia

waktu yang terbuang percuma

dan tentang pengorbanan-pengorbananku yang tidak ada erti sama sekali dimatamu

dan aku begitu marah sekali

bahawa dalam diam aku masih memiliki rasa untukmu

masih ada rasa untuk memilikimu sekali lagi


setelah pertemuan itu

aku terpaksa jujur bahawa aku masih mencintaimu

dan itu sakit sekali

terfikir bahawa aku tidak punya lagi kesempatan untuk memilikimu sekali lagi

mengertilah...

ini bukan soal perihal ikhlas atau tidak

tapi kau harus mengerti bahawa ada luka yang tidak bisa sembuh begitu saja

dalam hitungan hari

aku tetap tidak bisa membencimu

melihatmu masih tetap terasa bahawa kau adalah alasanku dulu pernah berbahagia

walau sesakit apapun dulu aku pernah ditinggalkanmu.

Tuhan Sebut Sia-SiaWhere stories live. Discover now