kita bertemu di bulan Mei
bulan yang penuh dengan kemungkinan
jika kini kau berada di sebelahku
kau pasti menatapku dengan penuh tidak percaya
dan kau akan merenungku sambil tertawa
kerana aku ini orangnya kelakar
Jun dan Juli
aku terperangkap dalam resah yang menggila
aku tak pernah tahu
bahawa aku bisa jatuh seteruk ini;
tersangat pantas,
terlalu dalam.
Ogos,
kau adalah kau
aku adalah aku
dan kau adalah milikku
— aku adalah milikmu
September,
aku sedar bahwa aku dilamun cinta
dan kau juga sama
tapi di September
—kita berpisah
dan ia bukan atas kehendak kita sendiri
kita memang tak dapat menebak masa;
mungkin.
sebenarnya, kita bukan saling
tapi segala memori yang pernah kau beri
adalah perkara yang akan kugenggam erat
untuk tempoh yang panjang, kekasih.
setiap hela nafas di Oktober,
terasa seperti ia menikam
setiap ruang dada,
setiap pagi;
aku terpaksa memaksa diri untuk bangun.
setiap malam;
aku terjurumus dalam ruang kesendirian
dalam fikiranku sendiri,
kadang fikiran tentangmu menjerit lantang
dan aku terpaksa menutup telinga
namun, aku masih bisa mendengar
sisa suaramu, kekasih.
masih bisa kudengar kau berbisik
halus dibelakang telinga.
sepanjang November,
aku menghabiskan masa
dengan mengutip satu per satu
serpihan diriku sendiri;
yang telah hancur berserakan di lantai mariana,
walau kusedar serpihan itu
tak terkutipkan,
kerana separuh serpihanku
ada dihatimu, kekasih.
dan kekasih,
sepertinya aku tidak mampu
membuang serpihanmu,
yang pernah kau tinggalkan dalam hatiku.
kini Disember,
aku perlahan sudah mula melupakan
nada hilai tawamu,
aku sudah mula belajar
untuk hidup atas ketiadaanmu,
aku sudah mula tersenyum
setiap kali teringatkanmu;
tiada lagi air mata.
aku lihat kau baik-baik saja
atas ketiadaanku,
dan aku juga begitu,
akhirnya sudah tiba hari
di mana aku bisa bangkit dari tidur
dan kau bukan lagi fikiran pertamaku
—aku tidak lagi tangisi pergimu sepanjang malam
tapi malam ini,
aku ternyata lebih lemah;
malam ini aku rindukan kamu,
dan malam ini aku merenung langit
hilang dalam rasaku sendiri
tertanya apa sebenar yang terjadi
di antara kita,
tertanya-tanya jika
suatu hari nanti,
kita akan bisa bertemu di garis penamat
yang dulu kau pernah sebut cinta.
YOU ARE READING
Tuhan Sebut Sia-Sia
Poetryperempuan yang dalam kekeliruan, tentang siapa yang meninggalkan siapa, perempuan yang terperangkap dalam rindu dan egois, yang terkurung antara kata cinta dan benci. perempuan yang terperangkap dalam kekeliruan dunia & cinta. yang terkunci dalam de...