Tuk...tuk..tuk... pintu pejabat Tiara di ketuk oleh Atma.
Atma membuka pintu perlahan-lahan. "morning Cik Tiara" tegur Atma.
Tiara menoleh kearah Atma. "morning... Atma, harini saya ada meeting tak?" soal Tiara.
Atma membuka buku kerjanya lalu memeriksa satu persatu jadual Tiara. "harini Cik Tiara ada meeting dengan Tuan Izhar." Balas Atma.
"kalau macam tu, saya nak awak bawa semua dokumen yang saya cakap kemarin." Kata Lisya.
" baik cik Tiara." Balas Atma lalu keluar dari bilik Tiara.
Hampir sejam Tiara menunggu ketibaan Tuan Izhar ke Café, "aku pantang betul la dengan orang yang tak tepati janji ni, dia ingat aku ni tunggul ke tunggu dekat sini." Tiara mengomel sorang - sorang, matanya tidak lekang mencari kelibat Tuan Izhar.
Akhirnya lelaki yang umurnya dalam lingkungan 40an tiba didepan Tiara. "assalamualaikum, lama ke cik Tiara tunggu?" soal tuan Izhar dengan muka tak bersalah lalu menghulurkan tangan kanannya kearah Tiara.
Tiara menghiraukan tangan Tuan Izhar yang berada didepannya.
Tiara menatap muka Tuan Izhar dengan muka sepuluh sen. "walaikummusalam, ada juga la dekat 1 jam." Balas Tiara sambil menyilang kedua -dua tangannya kedada.
"maaf, tadi saya ada klien. Lepas tu jalan jem sikit." Beritahu Tuan Izhar.
"ok..ok..ok saya tak nak dengar la basa - basi Tuan Izhar lagipun dah lapuk la, alasan yang Tuan Izhar bagi dekat saya." Balas Tiara. " ok kita strage to the point ye Tuan Izhar. Kerja saya bukan nak hadap Tuan Izhar je." Tambah Tiara dengan nada perli.
"baiklah Cik Tiara." Balas Tuan Izhar lalu memulakan perbincangan mereka.
Tamat saja meeting antara Tuan Izhar, Tiara terus keluar dari Café sambil tangan mengeluarkan telefon dari beg tangannya. Di skrin telefon Tiara terpapar nama 'ATMA'. Baru saja Tiara mahu menganggkat panggilan Atma, tiba - tiba seorang lelaki melanggar bahu Tiara. Telefon Tiara jatuh dan retak dibahagian skrin.
"WHAT IS YOUR PROBLEM!!". Marah Tiara, sambil menunduk untuk mengambil telefonnya yang retak dan terus memandang wajah manusia yang melanggarnya.
Berkerut muka Tiara mendapati orang yang melanggarnya itu Haqiem.
Bersambung....
Typo?? Abaikan je😎
Don't forget to vote and comment
Love you all 💚🧡💛💙❤💜
See you all at the chapter 59
Bye bye
Muahhhhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomanceSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...