chapter 10

9 4 0
                                    

Lisya ketawa terpaksa,“HAHAHA!! pandai pula kau buat lawak bodoh waktu tengah hari ni kan”. Lisya mengempal penumbuk dan mahu mengetuk kepala Haqiem lalu Haqiem cepat – cepat menahan tangan Lisya dari terkena kepalanya. Memang tak di nafikan kulit Lisya memang lembut sehingga Haqiem terleka memegang tangan Lisya.

“ISH! Lepas la nak pegang – pegang bagai pula”. Lisya menarik tangannya, “sebelum kau balik aku nak kau teman aku berlatih bola jaring”.

“ tak boleh harini saya ada ker…” percakapan Haqiem terpotong 

“arhh!! Cakap banyak pula kau ni…aku tak kisah la kau ada kerja ka xdak kerja ka kau tetap kena teman aku juga …kau kena ingat yang kau tu orang suruhan aku FAHAM!!”.Lisya terus menarik tangan Haqiem dan bawa Haqiem pergi ke padang sekolah. Haqiem hanya menurut kata- kata Lisya.

Haqiem hanya duduk di astaka sekolah sambil membelek instagram.

Selepas selesai sesi pertama permainan bola jaring tersebut Lisya terus menuju kearah astaka untuk berehat .

Haqiem sedikit terkejut apabila Lisya berada disebelahnya lalu Haqiem menyimpan telefonnya didalam poket seluarnya. Tanpa tersedar Haqiem memandang Lisya hampir setengah detik.

Lisya perasan sewaktu Haqiem memandangnya, “kau apahal pandang aku macam nak telan ja? Tegur Lisya … Lisya tersenyum seketika selepas melihat Haqiem sedikit gelabah selepas ditegurnya.

“ermmm… Lisya ni kain untuk awak kesat peluh dekat dahi awak tu”. Haqiem memberi tuala kecil kearah Lisya.

Lisya tidak mengambil tuala tersebut namun dia menarik tangan Haqiem yang ada tuala kecil ditangan sambil mengesat peluh didahi Lisya. Haqiem hanya terkejut dengan tindakkan Lisya. Lisya yang baru perasan dengan tangan Haqiem yang berada dimukanya lalu menolak tangan Haqiem dari mukannya.

“ouch…sorry aku tak perasan”. Balas Lisya dengan muka yang mula membahang dibahagian pipi.

Lisya dan Haqiem diam seketika. Lisya mula memecahkan kesunyian kerana dia terasa dahaga.

“ Haqiem.. kau ambil sekejap air yang ada dekat dalam kotak tu”. Beritahu Lisya sambil menunjukkan arah kotak yang berada berdekatan dengan Haqiem.

Haqiem terus bangun dan pergi kearah kotak air mineral dan mengambil sebotol air mineral lalu bergerak kearah Lisya kembali.

“nah” Haqiem memberikan air mineral kepada Lisya. Air mineral bertukar tangan. Haqiem duduk bersebelahan dengan Lisya.

Lisya meneguk air mineral sehingga setengah botol.

Bersambung

Typo?? Abaikan je😎

Don't forget to vote and comment

Love you all💜💙💚🧡❤💛

See you all at the chapter 11

Bye bye

Muahhhhh😘



Andai dapatku undur waktuWhere stories live. Discover now