“dah.. jom” balas Tiara.
Setibanya di taman Tiara dan Atma hanya berjalan sambil bersembang tentang topik – topik terkini dimedia sosial. Seorang lelaki yang berpakai serba hitam, telah mencuri – curi menangkap gambar Tiara tanpa pengatahuannya.
Haqiem yang sedang membelek lagu pada telefonnya tanpa sedar dia terlanggar seseorang, yang menyebabkan orang tersebut jatuh diatas jalan tar.
Tiara terjatuh “Aduh! Sakit la.” Tiara terus membelek sikunya yang berdarah akibat terjatuh.
Haqiem yang cuak akibat terlanggar Tiara terus meminta maaf. “maaf, saya tak sengaja nak terlanggar awak.” Kata Haqiem.
Atma terus membantu Tiara berdiri. “tak sengaja… tak sengaja, kau tau tak siku aku ni sakit!” marah Tiara.
“jom, saya bawa awak pergi klinik untuk cuci luka.” Pelawa Haqiem.
“Apa yang aku dapat eh? Kalau aku ikut kau pergi klinik, mana dengan baju aku terkoyak lagi, sebab kau langgar. “ kata Tiara sambil menjeling.
Haqiem teringat kejadian 8 tahun lepas antara dia dan Lisya, sewaktu Haqiem mengajak Lisya untuk pergi mencuci luka pada kakinya.
[FLASHBACK]
“Apa yang aku dapat kalau aku ikut kau??” Kain aku dah terkoyak sebab nak selamatkan kau. Lisya menjeling kearah Haqiem.
Haqiem terus menarik tangan Tiara untuk mengajaknya pergi ke klinik berdekatan.
Nurse yang bertugas membalut siku Tiara dengan berhati – hati. “ luka awak tak serius pun, Cuma lepas mungkin luka tu akan membengkak sedikit.” Ujar nurse tersebut. Tiara hanya menggangukkan kepalanya.
Haqiem dan Atma hanya menunggu diluar bilik rawatan.
“Atma awak ada dapat tak apa-apa informasi tentang parents Lisya?” soal Haqiem.
“susah Haqiem nak dapatkan maklumat orang yang jauh dari kita, tambah- tambah kita tak pakai orang dalam.” Balas Atma.
Haqiem hanya mendegus nafas kasar lalu menarik rambutnya kebelakang.
Bersambung....
Typo?? Abaikan je😎
Don't forget to vote and comment
Love you all 💚🧡💛💙❤💜
See you all at the chapter 64
Bye bye
Muahhhhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomanceSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...