“mama dengan papa sihat?” soal Tiara.
“sihat Alhamdulillah,macam mana dekat KL urus Syarikat papa?”. Tanya Puan Anisa.
“ok la, mama dengan papa bila nak datang KL? Tiara rindu la masakkan mama. Lama tak makan.” Kata Tiara dengan nada yang manja.
“Inshaallah, 2 hari lagi mama dengan papa akan pergi KL, kan haritu Tiara ada bagi tahu mama tentang majlis perkahwinan kawan Tiara tu. Mama pun dah tak sabar nak balik KL, nak makan nasi minyak.” Ujar puan Anisa dengan teruja.
Tiara melompat keriangan. "YEAYYYY!”.
“Amboi! seronok nampak.” Perli puan Anisa.
“mestilah, nanti mama dengan papa dah sampai sini jangan lupa bagitau Tiara tau, mana la tau kot Tiara tak de kat rumah ke haritu, kang tak pasal- pasal kena tunggu dekat luar.” Kata Tiara sambil ketawa kecil.
“Ehhh! Tiara dah lewat ni, esok Tiara kerjakan. Baik masuk tidur. “ kata Puan Anisa.
“baik la maa.. Tiara pun dah berapa kali ni menguap.Bye assalamualaikum, sweet dream.” Kata Tiara.
“walaikummusalam, sweet dream too.” Balas Puan Anisa lalu menamatkan panggilan.
“cakap dengan sapa tu maa?” tanya Ariana yang baru tiba sambil membawa segelas air kosong lalu duduk disebelah Puan Anisa.
“sapa lagi kalau adik kamu.” Jawab Puan Anisa.
“ermmm.. maa cakap pasal Tiara. Aizat dah tak ganggu Tiara ke?” soal Ariana sambil meletakkan cawan diatas meja.
“tak kot, dia dah tak de apa – apa kaitan dengan Tiara. Sapa suruh dia buat hal, dia ingat Tiara tu apa? Tunggul? Dia kongkong hidup Tiara, lepas tu ni senang je berfoya – foya dengan perempuan kat luar sana. Memang patut pon Tiara putuskan pertunangan dia dengan Aizat.” Jawab Puan Anisa.
“Ermmmm, tak pa lah maa. Ariana nak masuk tidur dulu, bye” kata Ariana lalu mencium pipi mamanya sebelum pergi dari situ.
Tiara meletakkan tangan diatas dahinya sambil teringat kisah hubungannya dengan Aizat 2 tahun yang lalu.
Bersambung
Typo?? Abaikan ja😎
Don't forget to vote and comment
Love you all🧡❤💛💜💙💚
See you all at the chapter 76
Bye bye
Muahhhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomanceSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...