chapter 25

6 4 0
                                    

“haishhh…kenapa la dia nak ajak aku keluar time aku tengah cuti ni. Letih semalam pon tak habis lagi.”. haqiem mengeluh lalu masuk kedalam rumah.

Ping …ping…hon kereta Lisya berbunyi.

Haqiem bersalaman dengan ibunya. “ibu harini Haqiem nak keluar dengan Kawan Haqiem ehh”. Kata Haqiem lalu pergi. Ibu Haqiem hanya mengangguk kepala.

Haqiem masuk kedalam kereta terus menyoal Lisya. “awak nak bawak saya pergi mana ni?”.

“ ikut je la. Kau tu masih lagi dalam tempoh 'orang suruhan' aku. Apa yang aku cakap kau kena ikut.”. kata Lisya lalu pergi dari halaman rumah Haqiem.

“saya tanya je pun.” Sambung Haqiem sambil menyilang tangannya kedalam ketiak dan menarik muncung itik.

Lisya memandang sekilas. “kau fikir comel ke, kau tarik mulut macam tu.”. perli Lisya. Haqiem hanya mengabaikan kata – kata Lisya. Mata Haqiem kusyuk memandang kearah luar tingkap.

Sampai saja di Restoran D’SHAZZ CONNER SATEY GORENG, Lisya mencari parking. Setelah hampir 5 minit mencari akhirnya dia terjumpa parking yang kosong yang berada berhampiran dengan pokok - pokok. Lisya mengalihkan pandangannya kearah Haqiem yang sedang dibuai mimpi. Lisya memandang wajah Haqiem dan jarinya menyentuh rambut Haqiem. Haqiem yang terasa sejuk kerana penghawa dingin kereta terus  mengeliat. Lisya cepat – cepat jauhkan tangannya dari rambut Haqiem dan mengalihkan pandangannya.

Haqiem membuka matanya perlahan – lahan dan memandang sekeliling.  “asal awak parking dekat tempat yang sunyi ni? Awak jangan nak buat macam – macam eh dekat saya. Saya bagitahu polis nanti.” Kata Haqiem yang mula menjarakkan dirinya dari Lisya.

Lisya yang mendengar ungkapan Haqiem terus membalas. “kau ingat aku nak sangat ke parking dekat sini. Ouhh… aku nak bagi tahu kau ni tadi ada la aku sentuh – sentuh tangan kau lepas tu picit bahu kau.” Balas Lisya dengan nada peril. Haqiem yang percaya 100% terus terbeliak biji matanya.

Lisya tersenyum hingga menampakkan giginya apabila melihat Haqiem yang percaya kata – katanya. “ aku tipu je. Kau ingat aku nak sangat ke sentuh kau. Cuba kau tengok belakang, parking dekat restoran tu dah penuh sebab tu la aku parking kat sini.”. kata Lisya. Haqiem sedikit lega mendengar penjelasan dari mulut Lisya.

Haqiem melihat jam ditangannya menunjukkan pukul  2:45 petang. Haqiem nampak Lisya keluar dari kereta. Haqiem yang terpinga – pinga turut keluar dan memanggil Lisya.

Bersambung

Typo?? Abaikan je😎

Don't forget to vote and comment

Love you all❤💛🧡💚💙💜

See you all at the chapter 26

Bye bye

Muahhhhhh😘

Andai dapatku undur waktuWhere stories live. Discover now