Haqiem mengeliat dan terjaga dari tidurnya. Tiara cepat – cepat mengalihkan tangannya.
“awak nak apa – apa ke?” soal Haqiem dengan matanya terkebil – kebil.
“aku nak mandi, kau boleh la balik. Tak payah nak jaga aku. Lagipun aku ni bukan budak kecil. Pergilah balik nanti kau lewat pula pergi kerja.” Kata Tiara.
“saya boss. So, suka hati saya la nak masuk ke tidak.” Balas Haqiem sambil memperbaiki rambutnya yang sedikit kusut.
Tiara buat muka menyampah. “Errhhh! Suka hati kau la,tapi aku nak.” Percakapan Tiara terpotong apabila deringan telefon Haqiem berbunyi. Tiara terus mengambil tuala dan masuk kedalam tandas.
Haqiem menyelup poket seluarnya lalu mengangkat panggilan yang tak dikenali.
“sapa ni?” soal Haqiem.
“Ahh! Ni bang, telefon yang abang minta repair kemarin dah siap.” Ujar budak lelaki itu.
“okay..okay.. Saya pergi sana sekarang.” Haqiem terus menamatkan panggilannya.
Haqiem bergerak kearah pintu tandas Tiara. “awak saya ada kerja sekejap, nanti saya datang balik ye.” Kata Haqiem lalu meninggalkan Tiara.
Tiara hanya mengabaikan kata – kata Haqiem
Haqiem mengaktifkan telefon lama Tiara. Haqiem berasa lega kerana telefon lama Tiara tiada password.
Tuk..tuk..tuk.. pintu bilik Haqiem diketuk.
Haqiem sedikit gelabah lalu meletakkan telefon Tiara dibawah bantalnya. “siapa tu?” soal Haqiem.
“ni ibu Haqiem.” Balas Puan Rozita.
Haqiem menuju kearah pintu lalu membuka. “kenapa ibu?.” Tanya Haqiem kembali.
“Nih! Ibu nak tanya Haqiem, semalam Haqiem pergi mana?ibu risau sebab Haqiem tu tak berapa sihat sangat.”. ujar Puan Rozita.
“jangan risau la ibu, Haqiem makan ubat ikut time yang doktor suruh.” Balas Haqiem. “ermmmm… ibu Haqiem nak mandi dulu, sebab kejap lagi Haqiem nak pergi jumpa kawan dekat hospital.” Kata Haqiem.
“ Hurmmm.baiklah. Jangan lupa turun makan lepas mandi.” Kata Puan Rozita lalu meninggalkan anaknya.
Haqiem bergerak kearah bilik mandi lalu membersihkan diri.
Bersambung
Typo?? Abaikan je😎
Don't forget to vote and comment
Love you all❤💚🧡💛💙💜
See you all at the chapter 73
Bye bye
Muahhhhhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomanceSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...