“hai berjumpa lagi ye”. Tegur Lisya sambil tersenyum kepada Haqiem lalu melepaskan tangan Haqiem.
“oh… hai”. Balas Haqiem
Selepas Haqiem membalas teguran Lisya ,Lisya terus pergi dengan kawan – kawannya meninggalkan Haqiem. Dalam hati kecil Haqiem berkata “bala apa pula yang nak kena lepas ni”.
Anas menyiku perlahan lengan Haqiem , “sejak bila kau berkawan dengan budak popular dekat sekolah ni Haqiem… dia tegur kau kot,kau balas nak tak nak ja dekat dia”. Anas memuncungkan mulutnya sedikit kedepan. Haqiem buat muka menyampah dekat Anas.
“haaaa!! Haqiem kemarin kau cakap dekat kitaorang ada orang nak bagi kau hukuman ke ganjaran apa tah tak silap aku…siapa orang tu?ke Lisya orang tu?". Soal Nasri kepada Haqiem yang baru menarik kerusi untuk duduk.
Haqiem mendegus nafas dengan kasar dan memandang kearah kawan – kawannya, “ siapa lagi kalau bukan Lisya. Tak pasal - pasal aku kena jadi orang suruhan dia selama 3 bulan… arhhh!! Malang betulkan nasib aku ni.” Haqiem mengusutkan rambutnya yang kemas tersebut.
Anas menyambung, “ kenapa pula malang Haqiem, kau tak tahu ke Lisya tu olahragawati sekolah kita ni… dah la cantik,pandai, atlet pula tu rugi tau kalau kau lepaskan peluang untuk dekat dengan dia”.
“satu lagi aku dengar la orang cakap Lisya tu jenis susah nak bergaul dan belagak dengan budak lelaki sekolah kita ni…lepas tu diorang cakap Lisya ni ada team bola jaring…tu yang aku dengar dari mulut orang la”. Terang Nasri dengan panjang lebarnya kepada Haqiem.
Haqiem melihat Nasri, “Arhhhh!! Aku tak kisah dia belagak ka apa ka yang penting aku kena habiskan 3 bulan ni untuk jadi orang suruhan dia dan bila dah habis kontrak 3 bulan jadi orang suruhan aku akan bebas seperti sedia kala”. Beritahu Haqiem.
Anas dan Nasri balas serentak, “ untung la kau jadi orang suruhan dia kalau kami jadi orang suruhan dia kami tak mau 3 bulan kami nak 3 tahun kau tau”.
Haqiem buat muka terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh kawannya itu, “erkkkk… korang ni semangat lebih dari aku ni dah kenapa? Aku tak nak…korang yang lebih – lebih nak jadi orang suruhan dia.” Haqiem terus bangun lalu meninggalkan kawan- kawan di kantin dan terus masuk kedalam kelas.
Tamat waktu sesi persekolahan pada hari itu, Haqiem berjalan hampir melangkah keluar dari pintu sekolah tiba – tiba ada seseorang menarik lengan Haqiem dengan kuat sehingga Haqiem bergerak kebelakang.
“kau nak kemana haa?”. Soal Lisya
“nak balik rumah la, takkan saya nak berkhemah dekat sekolah pula”. Balas Haqiem sambil memerli Lisya.
Bersambung
Typo?? Abaikan je😎
Don't forget to vote and comment
Love you all💛❤🧡💚💙💜
See you at the chapter 10
Bye bye
Muahhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomansaSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...