chapter 36

3 3 0
                                    

“arhhh.. serabut la kalau fikir pasai dia… tapi aku kesian do dengan dia, mesti sakitkan”. Ngomel Lisya sorang – sorang sambil keluar dari kereta dan menuju ke pintu rumahnya.

“ehh… macam kenal je kasut ni”. Kata Lisya selaras menyabut kasut miliknya. “saya dah balik”. Lisya memberhentikan langkahnya apabila satu suara menyerangnya.

“Lisya!! Kau pergi mana??”. Soal si Atikah yang  tak sabar mahu menyerang kawan baiknya itu.

Lisya menghembuskan nafas sambil membuat jelingan lalu melihat Atikah kembali. “aku hantar Haqiem balik tadi… Asal??.. yang kau sibuk sangat tu kenapa?”. Balas Lisya dengan tatapan yang tidak puas hati.

“aku tanya je bukan nak sibuk ngek, mana la tahu kau tu dan berubah hati nak dekat lelaki?”. Perli Atikah.

Atma mendekati Atikah . “ sejak dua menjak ni kau dengan Haqiem tu rapat eh?”. Soal Atma dengan berhati – hati mana tak nya mulut Lisya ni bab menyindir orang  Top 1.

Lisya malas mahu membalas pertanyaan Atma lalu dia menarik tangan Atikah. “ehh!! Kau tarik tangan aku ni asal?”. Soal Atikah dengan terkejut.

Lisya mendekatkan mukanya kearah Atikah. “jom kita pergi jalan – jalan. Tinggal Atma kat sini.” Balas Lisya lalu berlari kearah pintu keluar. Atikah yang terkebil – kebil pun mengikut langkah Lisya.

Atma mengaru kepalanya yang tak gatal. “Amboi!! Depa ni lupa habis member kat sini na.. WOII TUNGGU LA AKU NAK IKUT GAK!!!”. Terjerit- jerit Atma mengikuti mereka berdua dari belakang.

Selepas Haqiem membersihkan dirinya , dia terus merebahkan badannya diatas katil. Tangan Haqiem meraba – raba setiap penjuru katil untuk mencari telefon Realme C2 nya.

Haqiem sedikit hairan. “ Aik?. Tadi aku rasa macam letak dekat sini, tapi duk mana eh?” soal Haqiem lalu mengeledah biliknya untuk mencari telefon. Hampir 30 minit akhirnya telefonnya dijumpai di atas meja belajarnya.

“LAHANAT PUNYA TELEFON!! Aku duk cari kau dari tadi lagi rupanya kau duduk dekat sini je?.  Haqiem memaki telefonya yang tidak bersuara itu.

Haqiem menyandar belakangnya ke kepala katil tiba – tiba dia terasa ngilu dibelakang badanya. “ ADUH..DUH..DUH!!.. apa hal ni.” Haqiem mengurut belakangnya, dia teringat kejadian yang berlaku petang tadi. “ohh..patut la belakang aku sakit.” Haqiem tersengih apabila wajah Lisya bermain di fikirannya. “cantik juga dia waktu risau”. Laju je jari Haqiem mengeledah galeri miliknya mencari gambar Lisya. Haqiem menatap gambar Lisya sehingga pintu biliknya diketuk oleh ibunya.

Aip! Haqiem ni dah mula suka dekat Lisya ke??

Bersambung

Don't forget to vote and comment

Love you all🧡💜💙💚❤❤💛

See you all at the chapter 37

Bye bye

Muahhhhhhh😘

Andai dapatku undur waktuWhere stories live. Discover now