last chapter 95

9 0 0
                                    

Kaki Tiara terasa hilang sekejap apabila doktor memberi tahunya bahawa Haqiem sudah tiada didunia. Tiara menangis tanpa menghiraukan orang disekelilingnya. Terasa sekejap sahaja masanya bersama Haqiem. Yang lebih menyedihkan lagi Haqiem meninggal ketika dia tidur diatas bahu Tiara.

Orang – orang ditanah perkuburan mula beransur – ansur pulang ke rumah mereka yang tinggal hanyalah Tiara dan juga ibu bapa Haqiem.

Puan Rozita menghampiri Tiara lalu memeluk Tiara dengan erat, Tiara hanya menangis. 

“Lisya dah jangan sedih – sedih lagi, kesian dekat arwah. Kita yang hidup ni tetap kena teruskan hidup. Allah swt lebih sayangkan Haqiem.” Kata Puan Rozita lalu meleraikan pelukkannya.

Tiara hanya diam membisu.

“makcik dengan pakcik balik dulu ye Lisya, Assalamualaikum.” Kata Puan Rozita sebelum meninggalkan Tiara seorang diri.

Tiara hanya membalas perlahan. “walaikummusalam.” Mata Tiara hanya tertumpu pada batu nisan yang tertera nama Haqiem. Tiara mengusap batu nisan tersebut.

“awak saya balik dulu ye, ada masa saya datang tengok awak lagi ye. Saya akan sentiasa doakan awak. Semoga roh awak dicucuri rahmat Allah swt.” Tiara mengambil air mawar yang berada disebelahnya lalu dicurahkan keatas tanah perkuburan Haqiem. 

Selesai Tiara menghabiskan air bunga mawar, dia terus beredar dari tanah perkuburan.

Tiara berbisik didalam hati. “walaupun awak dah tiada. Cinta saya pada awak takkan pernah terpadam sampai saya mati.”

TAMAT 

Andai dapatku undur waktuWhere stories live. Discover now