“ermmm… penjaga Haqiem ni dah tahu ke tentang penyakit yang dihidapi Haqiem?” tanya doktor tersebut.
Ibu dan Ayah Haqiem menggangguk tanda iya.
Doktor terus menyambung perbualannya. “jantung Haqiem dah ditahap kritikal dan dia perlu segerakan pembedahannya, kalau pembedahan jantung Haqiem tak dilakukan ia boleh meragut nyawa Haqiem.” Terang doktor tersebut.
“bila doktor akan buat pembedahan tu dekat anak saya?” tanya ayah Haqiem.
“mungkin esok kami akan buat pembedahan tersebut.” Kata doktor itu. “saya minta diri dulu.”
Haqiem dibawa masuk ke wad biasa. Tiara hanya menunggu diluar bilik Haqiem.
Selesai ibu dan ayah Haqiem melawat anaknya. Ibu Haqiem terus pergi kearah Tiara yang sedang memegang kepalanya. Ibu Haqiem menyentuh bahu Tiara dengan lembut.
“kamu Lisyakan?” tanya Puan Rozita.
Tiara memandang kearah puan Rozita.
“macam mana makcik tahu saya ni Lisya?” tanya Tiara.
“Haqiem yang ceritakan dekat makcik, Haqiem sebenarnya dah lama suka dekat Lisya. Dari dia sekolah menengah lagi. Tapi dia tak sempat nak bagitahu dekat Lisya, sebab dia dapat berita yang Lisya ni ada kemalangan.” Cerita Puan Rozita. “sebenarnya Haqiem ni dah lama menghidap penyakit jantung ni Lisya, dia hanya bergantung dekat ubat je. Alasan dia, ajal maut ditangan tuhan, kalau kita tak bedah jantung ni pun,kita tetap akan mati. Itu yang Haqiem selalu cakap. Haqiem nak beritahu Lisya masa dekat pantai dulu, tapi dia takut Lisya tak nak berkawan lagi dengan dia.” Tambah Puan Rozita.
Tiara hanya menangis selepas mendengar cerita daripada ibu Haqiem.
“makcik harap Lisya tak salahkan diri Lisya sebab Haqiem jadi macam tu.” Kata Puan Rozita lalu mengelap air mata Tiara.
“Dah. Pergi la jenguk Haqiem kat dalam, dia dari tadi asyik tanya pasal kamu je.” Kata Puan Rozita.
Tiara menggangguk dan pergi meninggalkan ibu Haqiem.
Tiara menghampiri katil Haqiem lalu memandang lelaki yang Tiara cintai dari dahulu lagi. Hati Tiara menjadi sakit apabila mengetahui keadaan Haqiem yang sekarang. Tiara duduk dikerusi yang bersebelahan dengan Haqiem.
Bersambung
Typo?? Abaikan ja😎
Don't forget to vote and comment
Love you all🧡❤💛💜💙💚
See you all at the chapter 93
Muahhhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomanceSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...