“ermmm… Lisya saya nak balik rumah sekarang boleh?”. Tanya Haqiem kepada Lisya yang sedang menutup botol air mineral.
Belum sempat Lisya bersuara jurulatih Lisya memanggilnya.
“LISYA MASUK PADANG SEKARANG!!”. Suara jurulatih Lisya sedikit kuat apabila memanggil namanya.
“ARHH!!”. Lisya melepaskan geramnya, “kejap lagi aku hantar kau balik rumah ok, tak banyak dah , tinggal satu sesi je lagi”. Kata Lisya sebelum dia pergi meninggalkan Haqiem.
“ermmmm,kalau aku reti bawa kereta kau Lisya dah lama aku ambik balik,terpaksa la aku ponteng kerja harini”. Haqiem melepaskan hasratnya untuk berkerja harini.
Saat latihan bermula untuk kali kedua Haqiem terpandang satu sosok tubuh yang lincah menangkap bola jaring,tanpa berfikir panjang Haqiem mengeluarkan telefon Realme C2 miliknya lalu terus menangkap gambar, Haqiem terlalu asyik terleka dengan menangkap gambar tersebut tanpa sedar Lisya datang menghampirinya.
“kau buat apa tu”. Soal Lisya lalu menghampiri Haqiem yang gelabah menyembunyikan telefonnya. Lisya yang rasa tidak berpuas hati terus menyelup poket Haqiem dan menyelongkar isi yang ada didalam telefon Haqiem.
Lisya memperkecilkan matanya melihat gambar sosok tubuh badan yang familiar baginya, “ATMA!!”. Lisya menjerit sewaktu menyebut nama ATMA. Lisya terus melempar telefon kearah Haqiem.
Atma yang terdengar namanya dipanggil oleh Lisya, dia terus pergi menghampiri Lisya dan Haqiem. “kenapa Lisya panggil aku?”. Tanya Atma yang mahu kepastian dari Lisya.
“ahh.. tak dak apa – apa , aku nak bagitau kau yang aku nak balik dah dengan Haqiem”. Lisya sengaja menipu Atma.
“owhh.. balik la lagipun harini aku bawa kereta sendiri, maklumlah aku baru dapat lesen P”. beritahu Atma tentang lesennya.
Lisya mengemas begnya lalu menarik tangan Haqiem untuk pergi ke parking kereta. Dalam kereta, Lisya dan Haqiem hanya menutup mulut masing masing. Dalam waktu yang sama Lisya memandu dengan laju. Haqiem yang perasan terus menegur Lisya.
“Lisya jangan pandu laju sangat saya takut”. Tegur Haqiem sambil tangannya memegang tali pinggang didada.Lisya hanya memekakkan telinganya dan terus menambah kelajuan yang hampir ke 200km.
“LISYA!!”. Haqiem menyebut nama Lisya dengan kuat.
“bising la kau ni dari tadi lagi, boleh tak kau diam aku nak pandu kereta pon tak senang”. Lisya hanya memberi Haqiem dengan jelingan maut.
Bersambung
Typo?? Abaikan je😎
Don't forget to vote and comment
Love you all❤💛🧡💚💙💜
See you all at the chapter 12
Bye bye
Muahhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomanceSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...