chapter 68

3 0 0
                                    

Tiara menghembus nafas lega apabila Aizat keluar. Sakit dibahagian pipi masih terasa, tetapi Tiara mengabaikan, mata Tiara hanya tertumpu pada beg tangan yang berada tidak jauh darinya. Tiara terus mengesot perlahan – lahan. Akhirnya Tiara berjaya mendapatkan beg tangannya. Tiara mengubah beg tangannya dari depan ke belakang untuk mengambil telefonnya. Tiara hanya melihat telefonnya dari ekor matanya saja untuk menghantar location kepada Atma. Setelah Tiara share location, Tiara cuba untuk melepaskan ikatan pada pada tangannya dan akhirnya Tiara berjaya membuka ikatan pada tangan dan kaki. Tiara bangun lalu mencari sesuatu untuk melindungi dirinya.

Klingggggg… notifikasi telefon Atma berbunyi. Atma menyelongkar beg tangannya lalu mengambil telefon.

Atma terkejut apabila mesej tersebut dari Tiara. “HAQIEM! Tiara ada send location!.” Ujar Atma lalu memberikan telefonnya kepada Haqiem.

“tempat apa ni Atma? Saya rasa macam dalam hutan je? Tapi dalam hutan ada ke rumah?” soal Haqiem.

“betul jugakan. Ish! Tak payah fikir lagi, kita cari dulu. Awak share dulu location ni dekat polis, biar diorang kepung dulu rumah tu.” Balas Atma. Haqiem menggangguk lalu mengeluarkan telefonnya dan terus share location kepada pihak polis.

Haqiem terus memecut keretanya dengan laju.

Tiara memecahkan gelas yang berada diatas meja lalu membalut serpihan kaca itu dengan selotip untuk dijadikan senjata tajam. Tiara terus menuju kearah pintu tetapi pintu itu telah dikunci oleh Aizat. Tiara memerhati segenap bilik, mata Tiara ternampak kayu golf yang berada dipenjuru almari, Tiara mengambil kayu golf lalu menyembunyikan diri didalam almari.

Bodyguard Aizat terdengar bunyi pecahan kaca dari tingkat atas, bodyguard Aizat terus mendail nombor Aizat. “Boss! Perempuan tu buat hal!”. Beritahu bodyguard tersebut.

“kau uruskan dia, aku on the way nak balik” Balas Aizat lalu menamatkan panggilan. Aizat memandu keretanya dengan laju.

Bodyguard Aizat memeriksa keadaan bilik yang berselerak dengan serpihan kaca. Bodyguard Aizat mencari Tiara yang tiada didalam bilik tersebut. Bodyguard Aizat terus pergi kearah almari.

Tiara merasa pintu almari tersebut seperti mahu ditarik oleh seseorang. Tiara terus keluar dan menoreh tangan bodyguard Aizat lalu memukulnya sehingga pengsan. Tiara terus berlari keluar dari bilik malangnya Tiara telah dikepung oleh bodyguard Aizat yang lain. 

Bersambung

Typo?? Abaikan je😎

Don't forget to vote and comment

Love you all❤💚🧡💛💙💜

See you all at the chapter 69

Bye bye

Muahhhhhhh😘

Andai dapatku undur waktuWhere stories live. Discover now