Haqiem dengan muka tak puas hati memerhati tingkah laku si Aiman yang dah buat rumah Haqiem seperti rumah dia.
Haqiem mencari kelibat ibunya yang tadi ada disebelahnya tiba – tiba menghilang. Haqiem pergi ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering lalu melihat ibunya yang sedang menikmati secawan kopi. Haqiem menarik kerusi lalu menghadap wajah ibunya yang manis dipandang walau usianya sudah menunjukkan 35 tahun.
“ibu”. Satu perkataan yang terkeluar dari mulut Haqiem.
Puan Rozita meletakkan cawan kopi diatas piring lalu menatap wajah anaknya. “ye kenapa Haqiem, ibu tengok muka Haqiem ni macam ada masalah je. Cuba cerita mana la tahu ibu boleh tolong.” Balas ibu Haqiem.
“HAA SUDAH!!...aku bagi sepatah ibu aku ni bagi berpuluh – puluh patah.” Getus Haqiem didalam hati. “Ermmmm… macam ni ibu, kenapa ibu bagi Aiman tumpang rumah kita sedangkan dia dah ada rumah?.” Tanya Haqiem untuk meraih simpati ibunya.
“apa cakap macam tu Haqiem, tetamu datang membawa rezeki. Anggap je Aiman datang untuk membawa rezeki ke rumah kita. Ibu tak suka Haqiem cakap macam ni. Kalau Aiman dengar ni kecil hati dia tau.” Balas puan Rozita dengan lembut, tak sanggup dia melihat anaknya bersedih.
Haqiem malas untuk memperpanjangkan soal Aiman dia meminta izin ibunya untuk masuk kebilik.
Haqiem menolak dedaun pintu biliknya lalu tangan Haqiem di rentap dengan kasar.
“ esok first day aku dekat sekolah,so aku nak kau bawa la aku ronda – ronda dekat sekolah tu”. Kata Aiman dengan muka tak bersalah.
“sebelum aku tumbuk muka kau, baik kau lepas tangan aku. Kau jangan ingat aku diam tu tanda aku mengalah.” Kata Haqiem dengan nada geram. Aiman mengalah dan melepaskan tangan Haqiem.
“eleh macam la aku nak sangat pegang tang kau”. Sindir Aiman
Kaki Haqiem melangkah masuk kedalam bilik tetapi terbatal kerana dia mahu membalas sindiran Aiman. “kalau kau tak nak kenapa kau pegang tangan aku. Kau dah tau kan aku tak suka dekat kau. Apa yang susah sangat ha?. Haa!! Satu lagi esok kalau kau nak ronda – ronda sekolah tu, kau pergi la sorang – sorang. Tak kuasa aku nak layan kau.” Balas Haqiem lalu masuk kedalam bilik dan menghempuk pintu dengan kuatnya.
Aiman tersentak lalu menghentakkan kakinya kelantai dan terus masuk kedalam biliknya.
Bersambung
Typo?? Abaikan je😎
Don't forget to vote and comment
Love you all💛❤💙💜🧡💚
See you all at the chapter 39
Bye bye
Muahhhhhhhh😘
YOU ARE READING
Andai dapatku undur waktu
RomanceSiapa sangkakan cinta boleh berputik tak kala diri dilanda musibah. Yaa begitu la kisah Haqiem dan Lisya, dimana Lisya muncul untuk menyelamatkan nyawanya. Kejadian itu juga menjadi mimpi ngeri buat Haqiem apabila dirinya terpaksa menjadi orang suru...