chapter 79

3 0 0
                                    

Tiara mengeluh nafas kesal kerana teringat kisah bekas tunangnya Aizat.

“Eh! Baru aku perasan, Aizat tak de la waktu polis datang haritu.” Tiara sedikit risau.

Haqiem tercari – cari telefon lama Tiara didalam almari dibiliknya. “aku letak mana eh? Telefon Tiara haritu. Aduh!”. 

Haqiem memeriksa dibawah katil dan dibawah bantal, dan akhirnya jumpa juga telefon tersebut dibawah bantal. Haqiem mengeluh nafas lega. Haqiem membuka galeri Tiara dan melihat satu per satu gambar Tiara, sehingga Haqiem terjumpa gambar seorang perempuan yang dibalut pada bahagian muka. Haqiem ternampak satu video dan dia terus menekan button play. 

“maaa…rakam tau harini Lisya nak buka pembalut yang ada dekat muka Lisya ni. Lisya dah on video ni, mama hala je kamera ni dekat situ.”. Haqiem melihat video tersebut dengan penuh teliti.

Lisya duduk diatas katilnya sambil menunggu ketibaan doktornya. Doktor masuk kebilik Lisya dan menuju kearah Lisya.

“Cik Lisya dah ready?”. Soal doktor tersebut. Lisya menggangguk. “ saya buka ye.” Kata doktor itu. Doktor tersebut membuka pembalut diwajah Lisya dengan berhati – hati sehinggalah wajah Lisya terlihat. Haqiem sedikit pelik dengan wajah Lisya. Bukan wajah Lisya yang terlihat tetapi wajah Tiara yang tersenyum didalam video tersebut.

“Tiara”. Satu nama yang terkeluar dari mulut Haqiem. “ tak..tak..tak mungkin Tiara tu Lisya. Aku mimpikan?” Haqiem menepuk pipinya. “ aku tak mimpi la, betullah Tiara tu Lisya.”.

Haqiem melihat lagi gambar – gambar yang berada didalam telefon Tiara sehingga dia terjumpa gambar sewaktu dia dan Lisya berada di pantai. Haqiem menangis sewaktu melihat gambar tersebut.

“Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga berjumpa dengan kau Lisya.” Kata Haqiem dalam keadaan menangis.

Haqiem terus mengambil telefonnya dan mendail nombor Atma.

“assalamualaikum Atma.” Kata Haqiem

“walaikummusalam, kenapa Haqiem awak call saya malam – malam macam ni?”. Soal Atma.

“esok Tiara ada meeting dengan mana – mana company tak?” tanya Haqiem.

Bersambung

Typo?? Abaikan ja😎

Don't forget to vote and comment

Love you all🧡❤💛💜💙💚

See you all at the chapter 80

Muahhhhhh😘

Andai dapatku undur waktuWhere stories live. Discover now