chapter 88

4 0 0
                                    

“ye la.. ye la..” Tiara terus bangun lalu mencapai kain tualanya dan terus masuk kedalam bilik mandinya.

Haqiem memakai songkok dikepalanya lalu memperkemaskan baju berwarna pink cair dan juga  sampin yang berwarna coklat keemasan yang diberikan oleh Atma. Haqiem terasa menyerlah apabila mengenakan baju tersebut.

Puan Rozita menolak dedaun pintu bilik Haqiem.

“Wah! Segaknya anak ibu harini, macam dia pula yang nak kahwin.” Puji Puan Rozita.

Haqiem tersenyum apabila terdengar pujian dari mulut ibunya. “mana ada ibu. Harini Haqiem jadi pengapit, so Haqiem kena la pakai baju ni.” Kata Haqiem.

“hurmmmm… dada tu sakit lagi tak?” tanya Puan Rozita.

“kurang sikit dari semalam, tapi ibu jangan la risau Haqiem sentiasa bawa ubat. Kalau sakit Haqiem makan je terus ubat tu.” Balas Haqiem.

Hati ibu mana yang tidak risau pasal kesihatan anak lelaki tungalnya itu. Puan Rozita hanya senyum terpaksa.

“jom kita pergi sekarang, ayah kamu dah tunggu dekat luar.”kata Puan Rozita. Haqiem hanya mengganggukkan kepalanya sebelum keluar dari biliknya.

Tiara merapikan rambutnya. Dia terpandang baju kurung berwarna pink yang diberikan oleh Atma terletak elok diatas katilnya. “cantik baju tu, agak – agak siapalah pengapit bahagian lelaki ni.” Kata Tiara sambil tersenyum.

Mama Tiara terus menerjah masuk kedalam bilik Tiara. “Ha! Tiara asal tak tukar lagi pakai baju yang Atma bagi semalam? Penat mama bangun awal iron baju Tiara, Tiara letak baju atas katil macam tu je.” Kata Puan Anisa

“Ala! Maa, jangan la cakap macam tu. Tiara tengah keringkan rambut ni, sebab tu la Tiara tak pakai lagi baju tu. Thank you mama, tolong siapkan baju Tiara.” Kata Tiara lalu memeluk mamanya.

Puan Anisa  melepaskan pelukkan  anaknya.  “cepat siap, nanti kita lewat sampai pula.” Kata Puan Anisa sebelum meninggalkan Tiara.

“ya” balas Tiara.

Tiara hanya menggenakan make- up natural look saja dekat muka kerana bajunya berwarna pink cair dan rambut Tiara dibiarkan terurai tanpa diikat.

Tiara menghampiri cermin lalu memperkemaskan pakaiannya. Tiara menyentuh dadanya.

Bersambung

Typo?? Abaikan ja😎

Don't forget to vote and comment

Love you all🧡❤💛💜💙💚

See you all at the chapter 89

Muahhhhhh😘


Andai dapatku undur waktuWhere stories live. Discover now