BAB 15

413 40 11
                                    

PASUKAN dari Kota telah tiba di benteng kota. Setelah kenderaan yang dinaiki berhenti, Jesse keluar dari kereta. Kerana dia duduk jauh dari pintu keluar, dialah orang terakhir yang keluar dari kenderaan itu.

Jesse berdiri di depan pintu kereta dan memandang sekeliling. Apa yang dia lihat di depannya saat ini membuatkan dia membuka mulut dengan luas. Di depannya saat ini,  Jesse melihat ada sebuah benteng yang sangat tinggi di depannya. Jesse tidak pernah melihat benteng yang sebesar itu selama kehidupannya.

Keadaan di kawasan benteng itu juga agak kecoh. Tentera X-Forces berlarian ke sana dan ke mari, seolah-olah sedang melakukan pekerjaan dengan waktu yang singkat. Bunyi siren berbunyi di seluruh ruangan dan ada kalanya terdengar bunyi tembakan.

Kerana Jesse terpegun dengan benda baru yang dia nampak, dia tidak sedar yang dia dan kumpulannya perlu pergi ke khemah utama untuk melainkan melaporkan diri.

Kerana sudah tertinggal di belakang, Vernon sebagai ketua kumpulan tidak boleh meninggalkan ahlinya di belakang. Melihat Jesse yang terhenti di tepi kereta dan tidak mengikuti mereka membuatkan Vernon mengeluh dalam hati. Dia membiarkan ahli lain berjalan pergi dulu sebelum dia mendekati Jesse yang masih menatap ke dinding benteng.

"Oi, let's go. We need to report to General Caleb. Jangan sebab kau, kita akan dimarahi nanti," tegur Vernon sambil memberikan jelingan tajam kepada Jesse.

Jesse menoleh ke arah Vernon tapi tidak mengatakan apa-apa. Dia kemudian mengangguk dan membiarkan Vernon berjalan terlebih dahulu. Vernon yang melihat itu memandang Jesse dengan kerutan di dahi tapi masih tetap berjalan ke depan dan membawa Jesse pergi ke khemah utama.

Di sana, semua kumpulan X-Forces sudah pun berkumpul dan kini sedang menerima taklimat dari Jeneral Caleb, Jeneral yang bertugas di kawasan benteng ini. Semua X-Forces hanya berdiri dengan tegak dan mendengar dengan tekun.

Jesse juga ikut mendengar dengan tekun kerana dia tidak mahu terlepas apa-apa maklumat yang akan membantunya untuk terus hidup nanti.

Setelah 30 minit kemudian, mereka dilepaskan lagi dan dibenarkan kembali ke bilik masing-masing. Setiap ahli kumpulan harus tidur di bilik dalam satu kawasan yang berdekatan.

Seingat Jesse, dulu semasa mereka ditempatkan di bilik masing-masing, Jessica memilih bilik yang bersebelahan dengan Vernon. Kali ini Jesse tidak mahu mengambil bilik yang bersebelahan dengan Vernon. Dia mahu bilik yang lebih jauh dari Vernon.

Jesse mengangkat barangnya sendiri dan berjalan menuju ke sebuah kaunter untuk mengambil kunci biliknya. Baru saja dia tiba di sana, dia dikejutkan dengan satu suara yang lantang.

"Hei, awas!"

Jesse menoleh ke kiri dan melihat ada dua orang tentera sedang mengangkat sebuah kotak besi yang besar. Kerana jarak mereka yang sudah hampir dengan Jesse, Jesse tidak sempat berundur ke belakang atau maju ke depan. Jadinya, dia hanya mampu terkaku di sana tanpa sempat berbuat apa-apa.

Di saat yang bersamaan, ada sebuah tangan yang sasa menarik kemeja baju di belakang Jesse dan membawa dia ke berundur ke belakang.

Jesse yang ditarik paksa ke belakang itu berundur tiga langkah untuk menyeimbangkan badannya. Kemudian, dia memandang ke arah orang yang sudah menarik dia tadi. Orang itu ialah Ace dan lelaki itu pula sedang memandang ke depan tanpa memandang ke arah Jesse.

"Lain kali jalan tu pakai mata," tegur Ace dengan suara yang perlahan dan datar. Setelah itu, Ace melepaskan kemeja baju Jesse dan berjalan ke kaunter untuk mengambil kunci.

Jesse tidak sempat mengucapkan terima kasih dan Ace pula sudah pun berlalu dari tempat itu dalam sekelip mata. Tinggallah Jesse terkebil-kebil di sana tidak tahu bagaimana hendak berterima kasih pada lelaki itu.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now