SEPERTI biasa, Jesse akan pergi ke Ruang Perubatan jika dia tidak mempunyai pekerjaan lain untuk dilakukan. Di sana, dia membantu memantau dan merawat keadaan pesakit yang lain. Hasil daripada bantuan Jesse, kebanyakan dari para tentera di sana sembuh dengan cepat dan boleh kembali bekerja seperti biasa.
Ramai diantara para tentera itu berterima kasih kepada Jesse kerana dia sudah menolong mereka sehinggalah mereka sembuh. Kalau bukan kerana bantuan Jesse, mereka tidak akan dapat sembuh secepat ini.
Setiap kali ada tentera yang mengucapkan terima kasih kepada Jesse, Jesse hanya tersenyum kepada mereka dan menyuruh mereka untuk menjaga kesihatan mereka selepas ini.
Ada juga tentera yang mengalami luka parah dan perlu dihantar ke kota dengan segera. Jesse yang tahu kalau sebahagian dari para tentera ini perlu dihantar di kota, dia menghantar surat kepada Jeneral Caleb agar para tentera itu boleh dihantar secepat mungkin.
Cris yang sudah biasa kalau Jesse akan sibuk di Bilik Perubatan, juga kadang-kadang mengambil masa untuk pergi melawat Jesse di sana. Satu hari, Cris pergi ke Bilik Perubatan, dia melihat Jesse yang terduduk di satu sudut yang kosong. Dari wajah Jesse saja, Cris sudah tahu kalau Jesse sedang berehat.
Cris mendekati Jesse yang pada masa itu juga baru saja duduk di bangku yang tersedia. Cris memberikan satu minuman tin kepada Jesse. Minuman itu bertujuan untuk mengembalikan tenaga jika diminum. Cris tahu Jesse memerlukan minuman ini jadi dia membawa ini bersamanya ketika datang ke sini.
"Thanks." Sebaik saja Jesse segera membuka tin minuman itu.
Cris bergerak ke belakang Jesse dan mula mengurut bahu sahabat dia. "I know that you like to work hard, Jess but you shouldn't work too much. Kalau kau yang sakit pula macam mana?"
Jesse tersengih seraya tangannya meletakkan tin minuman tadi ke meja di sebelah. Dia membiarkan Cris mengurut bahunya. "I know my limit, Cris. Don't worry, saya tidak akan paksa diri saya kalau saya sudah sampai limit saya."
Cris mencebik kecil. "Macam mana saya nak percaya apa yang kau cakap? Setahu saya kau tidak pernah ada limit sebelum ini... Terutama sekali masa kau terhegeh-hegeh nak kejar Vernon dulu."
Jesse menjadi kelu ketika Cris tiba-tiba mengungkit kembali masa silam Jessica. Tiada guna juga dia nak berdebat dengan Cris sebab lelaki itu tidak tahu kalau sahabatnya yang sebenar sudah pun meninggal.
'Cris, kalau kau tahu yang sebenarnya Jessica tu sudah meninggal, adakah kau masih akan setenang ini?'
"Kenapa termenung pula ni? Kau dengar atau tidak apa yang saya cakap tadi tu?" Cris menegur Jesse setelah dia melihat Jesse berkhayal.
"Hah?" Jesse hanya mampu mengiakan saja apa yang dikatakan oleh Cris tadi memandangkan dia sedang berkhayal. "Ha, ya, ya... Saya dengar..."
Cris mengeluh lalu berhenti mengurut bahu Jesse. Dia pun mula menasihati Jesse. "Jess, saya tahu kalau kau masih belum boleh lupakan Vernon sebab kau sudah lama suka dia. Saya pun nampak usaha kau nak dapatkan hati dia. Walaupun saya tahu sekarang kau berusaha menjauh dari dia, saya berharap kau tidak akan kembali lagi pada Vernon. Saya tidak mahu kau merana lagi seperti sebelum ini. I'm your best friend. Kita sudah bersahabat sejak kecil. Saya tidak mahu jadi apa-apa pada kau."
"I know, Cris. You don't have to warn me about that jerk every single time. Saya sudah sedar dan saya tidak akan kembali pada dia lagi," balas Jesse pula. Dia sengaja memandang ke tempat lain untuk mengelak daripada bertentang mata dengan Cris.
Cris mengangguk setelah dia mendengar jawapan dari Jesse. Lalu dia menarik satu lagi bangku dan duduk di hadapan Jesse. Jesse tidak mengomen apa-apa dengan tindakan Cris tapi hanya membalas pandangan mata lelaki itu saat Cris menatap dia.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Phiêu lưu(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...