BAB 2

810 58 0
                                    

JESSE datang ke dewan makan pada malam itu seorang diri. Cris dan April tidak ada dengan dia kerana Jesse mahu menunggu mereka di dewan makan.

Saat Jesse tiba di dewan makan, seluruh anak mata mengarah ke arah Jesse tapi Jesse tidak peduli dengan mereka. Yang sejujurnya, dia tidak tahu pun yang semua orang sedang merenung dia.

Ketika Jesse mengambil makanan di kaunter, dia melihat beberapa orang wanita mentertawakan dia dengan tawa sinis tapi Jesse hanya memandang mereka dengan wajah tidak berekspresi sebelum dia berpusing ke arah lain.

Jesse mahu mencari tempat duduk yang kosong agar dia boleh menikmati makanannya.

Saat itulah, dia melihat ada sekumpulan tentera sedang memandangnya dengan pandangan mengancam tapi Jesse hanya memandang mereka beberapa saat saja sebelum dia memandang ke tempat lain lagi.

Kumpulan yang baru saja dia nampak itu ialah kumpulan Vernon bersama kawan-kawannya.

Jesse sempat menatap wajah Vernon untuk beberapa saat dan dia harus mengaku yang Vernon memang mempunyai wajah yang tampan tapi kerana sikap dan layanan Vernon terhadap Jessica selama ini membuatkan Jesse melupakan semua pujian di dalam mindanya.

Jesse melihat ada meja kosong setelah kumpulan tentera yang duduk di sana berdiri beredar. Nasib Jesse sangat bertuah kerana meja itu berada jauh dari meja tempat Vernon duduk.

Jesse tidak akan pernah mengikuti sikap Jessica selama ini kerana itulah kesilapan Jessica. Setiap kali makan, dia akan duduk bersama dengan Vernon di meja mereka walaupun sebenarnya tiada yang suka Jessica duduk dengan mereka.

Setelah Jesse duduk, dia terus mencapai sudu dan garpu dan mula makan. Dia juga tidak lupa memandang ke pintu masuk atau ke seluruh dewan makan untuk mencari Cris ataupun April.

Ketika itu, semua tentera sudah pun memandang Jesse dengan wajah kebingungan. Mereka hairan kerana Jessica duduk di meja lain sedangkan Jessica selalunya akan duduk dengan Vernon.

Vernon dan kawan-kawannya juga keliru pada mulanya tapi pada akhirnya mereka buat endah tidak endah saja.

"Akhirnya, dia sedar juga yang dia tu tidak layak duduk di meja ni dengan kita. Saya sudah bosan tengok muka dia tiap-tiap hari makan dengan kita," kata Robin, salah seorang rakan Vernon.

"Yalah, Robin. Saya pun setuju. Saya dengar dia baru saja keluar dari hospital lepas dua bulan ditahan. Jadi betullah dia betul-betul berlapar semata-mata mahu Vernon pergi jaga dia. What a stupid bitch!" ujar Bent dengan suara sinis.

"Kenapalah dia tidak mati saja kelaparan. Kalau begitu tak payahlah saya nak menghadap muka dia setiap hari!" kata Quincy pula.

Yang lain hanya ketawa sambil membuat high five. Vernon pula hanya diam sambil memakan makan malamnya. Dia tidak ketawa ataupun bersuara sejak dari awal. Sekali-sekala, anak matanya akan beralih ke arah Jesse hanya untuk menatap gadis itu.

Vernon boleh melihat gadis itu sudah berubah. Berubah sampai mana dia tidak tahu tapi Vernon dapat merasa kalau Jesse sudah pun berubah.

Tidak jauh dari meja mereka ialah meja tempat Stephen duduk. Dia juga menoleh ke arah Jesse tadi ketika semua orang bercakap tentang dia. Dia melihat Jesse duduk di meja yang berjauhan dengan Vernon.

Stephen agak terkejut pada mulanya tapi dia teringat akan kata-kata Jesse di hospital tadi. Jesse sudah mengatakan yang dia tidak akan mahu mengejar Vernon lagi.

Stephen memandang ke arah Jesse yang makan dengan senyap. 'Betulkah dia akan berhenti mengejar Vernon?'

"Hai, Jess. Kenapa kau tidak tunggu saya datang ke sini?" Cris muncul dan duduk di depan Jesse.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now