"ATTENTION, ALL X-FORCES SOLDIERS!"
"A NEW BATTLE ZONE HAS APPEARED!"
"ATTENTION!!"
"SOLDIERS, GET READY FOR THE BATTLE!"
"NEW BATTLE ZONE HAS APPEARED!"
"ALL SOLDIERS, FULL COMBAT!!!"
"Huh, what?" Jesse terjaga secara mengejut. Dia merasa macam baru sejam dia tidur tapi sudah terjaga kerana bunyi amaran yang memenuhi kawasan perbatasan itu.
Dalam keadaan kelam kabut, Jesse meraih jaket yang ada disangkut di kaki katil. Dia mengeluarkan kasut dari bawah katil dan memakai kasut itu dalam masa yang singkat.
Jesse sempat mengambil getah rambut di tepi almari sebelum dia keluar dari biliknya.
Hampir saja dia terlanggar dengan Ace yang ketika itu juga ada di kawasan koridor.
Ace memandang Jesse dan menolak wanita itu ke depan. "Hurry up and move!"
"ATTENTION..."
Ace dan Jesse bersama-sama berlari ke ruang senjata. Tanpa berlengah, Jesse masuk ke mesin miliknya agar dia boleh memakai seragam perangnya dengan cepat. Senapang khas yang diletakkan di tepi dan khas untuk dia dicapai segera.
"ALL SOLDIERS HEAD TO THE BATTLE ZONE!"
"BATTLE ZONE HAS START!"
"ATTENTION, SOLDIERS!"
Suara robot berupa wanita berkali-kali mengulang pengumuman yang sama. Memberi amaran kepada semua Tentera agar lekas bersiap dan menuju ke zon perang.
Jesse melihat ahli kumpulan Beta yang lain juga sudah siap dan Jesse mengikuti mereka pergi ke pangkalan kapal perang. Kapal perang yang mereka masuk dapat memuatkan dua kumpulan sekaligus jadi, di kapal perang itu ada Kumpulan Alpha dan kumpulan Beta yang masuk secara bersamaan.
Jesse segera menghampiri bangku yang sudah tersedia dan segera memakai tali pinggang keselamatan. Dia menoleh ke tepi dan melihat ada Connor yang juga baru siap memakai tali pinggang keselamatan.
Connor memandang ke arah Jesse. "Morning, sunshine. Did you have a great sleep last night?"
Jesse melirik ke arah lain, riak wajah nampak kesal. "Yeah right, I have a very great sleep until the announcement woke me up!" ujarnya dengan wajah sinis.
Connor sekadar tersenyum kecil. "You can have another sleep after this battle. Let's just do our best and finish this!"
Genggaman tangannya di senapang menjadi semakin erat. 'Yeah, let's just do our best to stay alive... And finish this!'
Semua kapal perang yang memuatkan beribu-ribu tentera naik ke udara satu-persatu sebelum terbang merentasi langit yang berwarna kelabu, semakin lama semakin menghampiri kawasan zon perang.
[ARRIVED IN BATTLE ZONE IN THIRTY SECONDS. ALL SOLDIERS, GET READY!]
Pengumuman yang bergema di dalam kapal perang itu membuatkan Jesse merasa sedikit gementar dan bimbang. Dia sudah bersyukur yang dia masih boleh hidup selepas misi pertama dia sebelum ini. Sekarang ini adalah misi kedua dia setelah datang ke dunia ini dan Jesse tidak tahu sama ada dia masih boleh bertahan hidup atau tidak.
Ace melihat wajah bimbang Jesse. Walaupun dia tahu apa yang berlaku pada Jesse adalah bukan urusannya tapi melihat Jesse yang nampak gementar itu membuatkan dia mahu menenangkan wanita itu. Tapi ketika dia ternampak Vernon sedang merenung dia, Ace sekadar berdiam diri lalu memandang ke tempat lain lagi.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Aventura(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...