AKHIRNYA, setelah tiga jam berada di bilik mesyuarat, perbincangan telah pun selesai.
Ketika para tentera yang lain berdiri dan meninggalkan kawasan bilik mesyuarat itu, Jesse masih diam di kerusinya sambil memegang kepalanya.
Alasan mengapa dia memegang kepalanya saat ini adalah kerana dia mengalami sakit kepala.
Kerana ini pertama kali Jesse mengikuti mesyuarat ini dan masih belum biasa dengan keadaan di dunia ini, dia tidak dapat menerima banyak informasi secara berlanjutan dan dalam jumlah yang banyak. Jadinya, dia pun mengalami sakit kepala.
'Oh, God! Saya tak sangka pula mesyuarat ni akan buat saya sakit kepala macam ni...'
Jesse menunggu semua orang keluar dari bilik itu sebelum dia keluar paling terakhir. Sesudah dia keluar, dia disapa pula dengan Cris yang sudah pun menunggu dia.
Stephen juga ada di sana. Cuma dia sedang berdiri di tepi palang dan bersandar di sana sambil memandang ke arah Jesse dengan wajah bosan.
"Jess, kau nak ikut saya dan Stephen pergi ke sebuah restoran ke? Cadangannya nak tunggu sampai makan malam ni. Kau nak ikut?" tanya Cris, menggaru kepalanya sambil menatap wajah Jesse.
Wajah Jesse terus berubah menjadi teruja saat diajak oleh Cris pergi ke sebuah restoran. "Mestilah saya nak ikut. Oh ya, saya nak bawa April juga. Boleh kan?"
Cris ketawa kecil sambil mengusap kepala Jesse. "Tentulah boleh. Pergilah panggil dia dan jumpa di depan gate nanti. Jangan lama-lama okey?"
Jesse mengangguk dengan wajah gembira lalu dia terus berjalan menuju ke lif, meninggalkan dua orang lelaki itu di sana.
Stephen menjeling Cris yang sedang memandang Jesse dengan sebuah senyuman di bibirnya. "I still don't like the fact that she has to go with us. Kenapalah kalau kita berdua saja?"
Cris menoleh pula ke arah Stephen. "Eih, come on man! Kalau kita ramai-ramai kan lagi bagus! Lagipun saya tahu Jess mesti akan setuju ikut kita kalau saya ajak dia," kata Cris dengan sengihan yang makin lebar. Sempat lagi dia menyiku lengan Stephen dengan lembut.
Stephen mencebik tidak puas hati. "Suka hati kau lah!"
Cris kemudiannya ketawa setelah melihat wajah kelam sahabatnya itu.
JESSE keluar dari bangunan tempat lokasi mesyuarat mereka dan pergi ke dorm untuk mencari April. Dia tidak pasti April berada di mana saat ini tapi Jesse mencuba untuk mencari dia di bahagian dorm dulu.
Tapi Jesse tidak melihat April di dalam dorm. Jadi dia pun pergi ke tempat lain lagi.
Jesse cuba bertanya kepada beberapa tentera yang dia nampak tentang keberadaan April tapi tiada yang tahu di mana April berada.
Jesse pun pergi ke perpustakaan, berfikir mungkin April ada di sana. Jesse memeriksa di setiap sudut perpustakaan tapi dia tidak melihat April.
Sampailah Jesse melintasi bilik belajar peribadi yang disediakan dalam perpustakaan itu, dia berhenti.
Jesse berundur beberapa langkah ke belakang dan dia memandang ke dalam bilik belajar tadi melalui cermin pintu. Ketika itulah dia melihat April dikelilingi oleh beberapa tentera wanita.
Keadaan April saat itu tidak terlalu baik. Dia terduduk di atas lantai dengan rambutnya kusut-masai.
Jesse tidak menunggu lama. Dia membuka pintu dan menerpa ke arah April. Dua orang perempuan yang menghalang jalannya itu ditolak ke tepi.
"April? April, kau okey?"
Kumpulan tentera wanita yang mengelilingi April tadi terkejut dengan kehadiran Jesse tapi perasaan terkejut itu tidak lama dan mereka pun memandang Jesse dengan wajah bengis.

YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Aventura(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...