BAB 42

295 22 1
                                    

JESSE dan April dibawa ke sebuah lorong yang sunyi dan kosong. Saat melihat keadaan mereka itu, Jesse mencebik dalam hati. 'Mesti selalu begini. Mesti tempat yang macam ni yang dipilih. Tak ada tempat lain nak bawa kami atau apa??'

Jesse memandang Monica dengan renungan bersahaja. Dia tidak merasa takut pun untuk berhadapan dengan kumpulan wanita itu. Dark Monsters lebih menakutkan dari mereka, kenapa Jesse harus takut pula?

"Biar saya teka, korang sekarang nak buli kami hanya sebab Ace, bukan?" kata Jesse pula.

Monica berpeluk tubuh dan memandang Jesse dengan wajah acuh tak acuh. "So what's about it? Kau takkan dapat buat apa-apa juga."

Jesse tertawa kecil. Kepalanya digerakkan ke belakang mengikut alunan suara tawanya. Sungguh, dia merasa perkataan Monica itu satu gurauan saja.

"Kenapa kau ketawa? Kau tidak tahukah yang sekarang ni keadaan korang berdua dalam bahaya?" teriak Cynthiana. Dia tidak puas hati bila melihat Jesse yang tidak merasa takut pun.

"I'm laughing because you guys looks so funny. Korang tuduh saya menggoda Kapten Ace... Tapi biar saya tanya, sejak bila korang nampak saya menggoda dia? Saya baru saja pulang dari misi perang, saya belum pernah nampak dia lagi," Jesse memandang enam orang wanita itu dengan wajah sinis.

"Kau ingat kami tidak tahu?? Semasa korang pergi perang di benteng kota, kau sudah pun buat rancangan untuk menggoda Kapten Ace. Let me give you warning, you don't deserve him! Kau tidak layak pun sentuh Kapten Ace!"

"Sudah cukup kau nak goda Kapten Vernon... Sekarang kau nak cuba goda Kapten Ace pula? Kami tidak akan benarkan!"

Jesse serasa hendak ketawa saja saat ini. "Jadi apa yang korang nak buat pada kami sekarang? Tidak mungkin korang nak belasah kami di lorong yang sunyi ni."

Kata-kata Jesse itu membuatkan Monica dan yang lain merasa tidak keruan.

Malah Monica juga menjadi semakin marah kerana merasa dirinya dicabar oleh Jesse. Monica memandang kawan-kawannya yang lain. "Belasah dorang cukup-cukup!"

Kawan-kawan Monica yang lain mengangguk tanda memahami arahan dari Monica. Dengan wajah menyeringai macam hantu, mereka memandang Jesse dan April.

Jesse tahu tiada jalan keluar dari tempat ini melainkan dia harus mengalahkan Monica dan kawan-kawannya terlebih dahulu. Tapi macam mana nak kalahkan, kalau jumlah mereka lebih banyak?

Jesse menolak April ke belakang. Dia tidak mahu April mendapat banyak luka. Walaupun dia pun masih dalam proses penyembuhan, Jesse tetap mahu April baik-baik saja.

Monica tersengih seakan-akan sangat suka dengan keadaan Jesse dan April yang tersepit itu. "Saya akan pastikan kau tidak berani mendekati Kapten Ace lagi. Nak fikir pasal dia pun kau akan serik!"

Lucy dan Georgia menarik kedua tangan Jesse. Mereka berdiri di sebelah menyebelah Jesse.

Baru saja mereka mencuba melakukan sesuatu yang buruk kepada Jesse, tiba-tiba mereka ditegur oleh satu suara.

"Kau nak buli orang lagi, Monica?"

Semua orang berhenti bergerak dan mereka menoleh ke arah pemilik suara yang menegur mereka tadi.

Seorang wanita berjalan mendekati kumpulan itu dengan langkah yang tenang. Saat melihat wanita itu, Monica dan kawan-kawannya nampak terkejut.

Lucy dan Georgia yang masih memegang tangan Jesse tadi dengan segera menarik kembali tangan mereka. Mereka berdua pun mula menjauhi Jesse dan April, seolah-olah takut mahu mendekati dua orang itu.

Jesse pula yang bingung melihat sikap Monica dan kawan-kawannya yang tiba-tiba berubah menjadi penakut itu. Dia dan April saling berpandangan tapi saat melihat wajah April yang turut bingung itu, Jesse tahu kalau April juga tidak kenal siapa wanita yang baru muncul itu.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now