BAB 28

349 38 4
                                    

"ARGHH!"

Badan Jesse terangkat ke udara ketika The Controller itu mencengkam bahagian belakang seragam perang Jesse. Makhluk ini tidak akan pergi selagi ia tidak membawa Jesse pergi kerana merasa Jesse sangat berharga untuknya.

Memandangkan dia sudah melihat ada sesuatu yang unik dalam tubuh Jesse, tidak mungkin ia akan melepaskan peluang keemasan seperti ini.

Yang lain melihat Jesse sudah ditangkap dan menjadi terkejut kerana tidak menyangka yang Jesse akan ditangkap. Mereka bergerak pantas untuk membantu melepaskan Jesse tapi The Controller itu cepat-cepat berlalu pergi tanpa memberi peluang kepada yang lain untuk melepaskan Jesse.

The Controller itu bergerak di siling bebatuan sambil masih membawa Jesse. Ketika Jesse melihat lantai batu di bawah, dia merasa panik. Apa tidak, lantai batu di bawahnya nampak sangat tinggi.

Baru saja makhluk itu mahu memasuki sebuah gua yang sangat gelap, tiba-tiba ia memekik dengan sangat kuat. The Controller ini terjatuh semula ke atas lantai bebatuan. Jesse juga ikut terjatuh dan merasa ada sebahagian dari tulangnya yang terseliuh kerana balik-balik jatuh di atas lantai bebatuan ini.

Alasan mengapa The Controller itu memekik kesakitan dan terjatuh di atas lantai bebatuan adalah kerana ia telah ditembak oleh seseorang. Peluru yang ditembak mengenai tempat bahagian tangannya yang memegang seragam Jesse.

"Jesse, get up!" Mark muncul tiba-tiba dan membantu Jesse untuk berdiri. Mark memapah Jesse dan beredar dari sana setelah dia melihat keadaan Jesse yang lemah.

Jesse sempat memandang ke arah di mana tembakan tadi dilepaskan dan melihat Ace yang sedang memegang senapangnya. Jesse tahu kalau Ace yang telah menembak The Controller itu tadi.

Setelah berjaya menembak The Controller tadi, tanpa sedar Ace segera memandang ke arah Jesse, mahu memeriksa keadaan gadis itu. Setelah dia melihat yang Jesse sudah dibawa pergi jauh dari makhluk tadi, Ace merasa lega dalam diam.

"This thing is a tough one," kata Connor, sedang merenung The Controller tadi yang kini perlahan-lahan bangkit kembali. Hujung bibir kirinya dinaikkan sedikit. "This should be fun!"

Tanpa menunggu arahan dari Ace, Connor maju ke depan dalam sekelip mata dan sudah pun menyerang The Controller itu dengan hanya memegang sebilah pisau.

Mark meletakkan Jesse di tepi. Dia membiarkan Jesse bersandar di dinding batu dan memeriksa keadaan dia. "Baguslah kalau kau tiada luka teruk..."

Jesse memandang Mark. Dia menoleh ke arah Ace yang berada tidak jauh dari mereka sebelum dia memandang ke arah Mark lagi. "Korang tidak ikut Kayden kembali ke base?"

Mark membalas soalan itu dengan sengihan, lalu menjawab, "Dia sudah besar... Dia boleh jaga diri dia sendiri nanti... The Controller ini perlu dibunuh terlebih dahulu. Sepatutnya kau bersyukur sebab kami kembali ke sini, kalau tidak kau sudah lama diculik dengan monster ni..."

Jesse tidak sempat berkata apa-apa kerana Mark terus berdiri. Sempat lagi Mark mengusap kepala Jesse sekejap. "Stay here. You don't have your weapon anymore, jadi kau tidak boleh melawan monster ini lagi. Biarkan kami yang urus monster ni pula..."

Jesse memandang Mark pergi untuk membantu Ace dan Connor. Tapi walaupun mereka mencuba untuk mengalahkan The Controller itu, makhluk itu sangat licik mencari cara melepaskan diri.

Vernon dan ahli yang lain juga tiba di sana. Melihat ada kumpulan Alpha di sana, Vernon dan yang lain tidak membuang masa dan segera bergabung tenaga untuk membunuh The Controller itu. Walaupun dua buah kumpulan ini awalnya tiada kesefahaman tapi demi membunuh The Controller ini, mereka sanggup bergabung.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now